Doa di Bulan Dzul-Hijjah: Tanggal 01 hingga10 malam Dzulhijjah

Saturday, November 21, 2009 at 2:59 AM
Bagi yang punya hajat kepada Allah, yang sedang kesulitan, sangat dianjurkan membaca doa ini. Doa ini memiliki keutamaan yang istimewa. Keutamaan doa ini dibaca setiap hari dari tanggal 01 Dzul-Hijjah hingga malam Arafah. Dengan doa ini insya Allah hajatnya diijabah oleh Allah swt. Doanya sebagai berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, inilah hari-hari yang Kau utamakan dan Kau muliakan atas hari-hari yang lain. Sungguh telah Kau sampaikan daku pada hari-hari yang mulia ini dengan kurnia dan rahmat-Mu. Maka turunkan kepada kami keberkahan-keberkahan-Mu, dan luaskan bagi kami nikmat-nikmat-Mu.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, Engkau bimbing kami ke jalan petunjuk dan kasih -Mu, kekayaan-Mu dan amal yang Engkau cintai dan Engkau ridhai.

Ya Allah
Aku memohon kepada-Mu
Duhai Tempat segala pengaduan
Duhai Yang Mendengar semua jeritan
Wahai Yang Menyaksikan setiap yang nampak
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Hilangkan segala bala’ dari kami, dan perkenankan doa kami.
Anugerahkan kepada kami kekuatan, dan berilah kami pertolongan

Ya Rabbi, anugerahkan pada kami bimbingan pada hari-hari ini
sebagaimana Engkau sukai dan Engkau redhai.
Hari-hari yang telah Kau wajibkan kepada kami mentaati-Mu dan Rasul-Mu, dan mentaati keluarganya yang telah Kau tetapkan wilayahnya.

Ya Allah
Aku memohon kepada-Mu
wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammmad
Anugerahkan redha-Mu kepada kami
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa
Jangan halangi kami dari kebaikan yang Engkau turunkan
dari sisi-Mu pada hari-hari ini
Sucikan kami dari noda-noda dosa
wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib
Dan pada hari-hari yang mulia ini tetapkan bagi kami rumah yang abadi.

Ya Allah
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Jangan biarkan dari kami
dosa-dosa kecuali Engkau maafkan
duka dan derita kecuali Engkau bahagiakan
hutang-hutang kecuali Engkau tuaikan
yang ghaib ketahui kecuali Engkau sampaikan
Dan jangan biarkan hajat-hajat kami di dunia dan akhirat kecuali Engkau mudahkan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah
Wahai Yang Mengetahui segala yang tersembunyi
Wahai Yang Mengasihi setiap rintihan
Wahai Yang Memperkenankan setiap permohonan
Wahai Tuhannya makhluk di langit dan di bumi
Wahai Yang Tak Terserupakan dengan suara
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Pada hari-hari yang mulia ini jadikan kami hamba-Mu
yang diselamatkan dari api neraka
yang beruntung dengan surga-Mu,
yang mengharap rahmat-Mu
Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi
Semoga selawat dan salam senantiasa tercurahkan kepada junjungan kami Muhammad dan semua keluarganya.
(Mafâtihul Jinan, Bab 2: 251)

Yang berminat teks Arab dan bacaan teks doa ini, silakan copy-paste dari:
http://shalatdoa.blogspot.com

BUAT ANAKANDA PELAJAR TKN 5

Sunday, November 15, 2009 at 3:00 PM


“Allahhumma ya ALLAH, segala puji bagi-Mu, dan salawat serta salam ke atas Rasulullah saw.

Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim!
Kami menyusun jari penuh pengharapan, memohon doa dan restu daripada-Mu. Kurniakanlah kepada anak-anak kami kefahaman para nabi, dan hafalan para rasul dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu

Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan SPM ini, terangkanlah hati mereka, bernaskanlah pemikiran mereka, tenangkanlah perasaan mereka, berikanlah mereka kesihatan yang baik, permudahkanlah mereka dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik dan betul, berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang 8A, dan berikanlah mereka keberkatan. Amin ya robbal ‘aalamin”.

Petua Pelajar Cemerlang

Tuesday, November 10, 2009 at 6:20 AM
Ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari. Menjadi seorang yang cemerlang adalah idaman setiap pelajar. Namun tidak ramai menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang cemerlang, usaha bukan hanya tertumpu kepada mentelaah buku semata-mata, tetapi juga melibatkan rangkaian beberapa usaha lain. Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari. Pernahkah mereka terfikir bahawa usaha itu harus diselangi dengan doa, memperbaiki diri sebagai insan dan sebagainya. Di sini disenaraikan beberapa tip membentuk diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang sekali gus membentuk diri menjadi insan yang disenangi ramai.

Sentiasa Berfikiran Positif. Berfikiran positif membantu pelajar membina imej yang meyakinkan, seterusnya membawa perubahan yang baik terhadap pelajaran dan kendiri. Berfikiran positif juga menjadikan pelajar sentiasa ceria dan seronok belajar. Ini boleh membantu proses pembelajaran. Namun, jangan terlebih seronok, nanti orang tersalah anggap pula. Orang yang berfikiran negatif pula mempunyai 10 kali ganda peluang mendapat sakit berbanding dengan mereka yang berfikiran positif.

Nyatakan Matlamat. Sentiasa sasarkan satu matlamat sebelum melakukan sesuatu kerana mereka yang mempunyai matlamat lebih mudah mencapai kejayaan yang mereka ingini. Matlamat yang jelas dan hebat dapat membakar semangat. Pastikan matlamat yang diletakkan itu adalah satu matlamat yang membina. Namun, matlamat tanpa usaha tidak membawa erti apa-apa.

Menjaga Kesihatan Fizikal dan Mental. Menjaga kesihatan adalah paling utama supaya pelajar berada dalam kondisi yang terbaik untuk menimba ilmu. Apabila badan dan minda berada dalam keadaan terbaik, pembelajaran akan mudah diterima. Sering bersenam dan berfikiran positif. Elakkan stres yang melampau dan sesekali cuba melakukan aktiviti riadah supaya diri dapat mencapai ketenangan yang ideal. Terlalu berfikir mengenai pembelajaran dan kejayaan juga boleh mengakibatkan minda pelajar menjadi sangat stres. Cuba elakkannya dengan mencari jalan terbaik untuk mengulang kaji pelajaran.

Menjaga Pemakanan
. Aspek pemakanan juga harus dititikberatkan kerana pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.Pelajar boleh mengingati sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan ketika menjawab soalan berkaitan dengan bahan yang dibaca.

Cara Belajar yang Baik .Belajar dengan baik tidak semestinya mentelaah dari pagi sehingga malam. Pelajar harus tahu bagaimana untuk belajar mengikut kesesuaian diri. Ada yang suka belajar secara berkumpulan dan ada yang suka bersendirian. Cari kesesuaian diri anda. Cari tempat tenang untuk belajar. Ramai pelajar suka mentelaah sambil mendengar muzik. Ia adalah perkara yang patut dielakkan kerana belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu. Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.

Bergaul Dengan Positif. Apabila seseorang mempunyai ramai kawan, maka dia akan mempunyai pandangan yang luas kerana boleh bertukar-tukar pendapat berbanding dengan mereka yang lebih suka menyendiri. Kawan boleh menegur setiap kesalahan kita kerana kita tidak dapat melihat kekurangan diri. Namun, pelajar juga harus bijak memilih kawan. Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

Bersyukur.Pelajar harus bersyukur dengan setiap hasil yang diterima dalam peperiksaan kerana ia melambangkan usaha yang telah dilakukan. Jangan salahkan orang lain di atas kegagalan yang kita alami. Jangan juga dengki dengan kejayaan orang lain, sebaliknya ringankan mulut untuk bertanya rahsia mereka. Dekatkan diri dengan Tuhan tidak kira apa agama sekalipun. Pelajar juga harus sedia memberi bantuan kepada rakan-rakan lain dan jangan kedekut ilmu. Perbincangan satu kumpulan mampu mendapat keputusan yang terbaik.

Bersedia Untuk Gagal. Kegagalan adalah lumrah kehidupan. Bersedia untuk mengalaminya kerana disebalik kejayaan, pasti ada kegagalan. Jika kejayaan yang dikecapi itu adalah hasil usaha daripada kegagalan, ia akan lebih bermakna dan diingati. Belajar daripada kesilapan dan cari jalan penyelesaian terbaik untuk memperbaiki kegagalan itu agar ia menjadi kejayaan.

Hargai Pendidik . Pendidik adalah tonggak utama kepada kejayaan seorang pelajar. Cuba tunjukkan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja apabila anda mendapat kejayaan yang diingini tetapi juga apabila tiba hari-hari tertentu seperti Hari Guru atau hari lahir mereka. Doa pendidik sentiasa dimakbulkan Tuhan. Jangan lupa juga kepada ibu bapa kita kerana anak yang derhaka tidak akan mencapai kejayaan.

Usaha Yang Seimbang. Akhir sekali adalah usaha. Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha. Namun ia harus diseimbangkan. Jika hanya berusaha mempraktikkan segala tip di atas tanpa mentelaah buku, kejayaan tidak akan dapat dikecapi. Namun, jika hanya mengadap buku tanpa usaha-usaha di atas, kejayaan juga jauh daripada genggaman.

ANDA BIASA ATAU LUAR BIASA?

Sunday, November 8, 2009 at 12:58 AM
Orang Biasa
Anda sekadar melakukan perkara yang biasa-biasa kerana pemikiran anda hanya sanggup melakukan perkara biasa saja. Anda selalunya :

1. Sentiasa mahu selesa, selamat, tetap.
2. Sentiasa mahu senang dan bermalas-malasan.
3. Sering kali mencari jalan mudah.
4. Mengelak daripada kesakitan, kegagalan dan seboleh mungkin, tidak
mahu terlibat dengan perkara-perkara yang menggagalkan.
5. Melihat orang lain dengan penuh kejengkekan, rasa meluat dan sakit
hati.

Orang Luar Biasa

Anda sanggup melakukan perkara yang luar biasa, lain daripada kebiasaan yang normal. Anda selalunya:

1. Sanggup tetapkan matlamat yang di luar jangkauan anda sendiri.
2. Sanggup bekerja kuat berali ganda.
3. Sanggup bersusah payah, kerana anda tahu susah dahulu, senang
kemudian.
4. Sanggup berdepan dengan kesakitan, kesusahan, kegagalan.
5. Melihat sesiapa saja dengan penuh kagum
6. Sentiasa membandingkan diri anda dengan orang yang lebih luar biasa,
tetapi tidak sesekali dengan orang biasa.
7. Tabah berdepan dengan kritikan dan kata-kata nista.
8. Ekstreme, melakukan sesuatu lebih banyak daripada yang dilakukan
oleh ramai orang.

9. Berani gagal, berani bangkit daripada kegagalan, walaupun anda boleh mengalami pelbagai masalah dan kerugian

Jadi anda yang mana satu? Biasa atau luar biasa? Tanya diri anda.

Jika merasa diri masih tergolong dalam kategori orang biasa, ubah menjadi orang luar biasa hari ini juga! Hidupkan semangat bermula dari dalam jiwa anda…