ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP

Thursday, November 25, 2010 at 3:04 AM

Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.

1) 'Panggilan pertama adalah Adzan, ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat-Nya, baik umat-Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat- Nya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,

2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hamba-Nya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.

Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...

3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ...'

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:

' Pertama, orang yang meninggalkan sholat

Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.

(sumbangan artikel dari sahabat-sahabat kembang anggrek) r.o

Good Luck to All PMR Candidates..

Monday, October 4, 2010 at 12:44 PM

SALAM AIDIL FITRI KEPADA SEMUA WARGA SAKTI

Thursday, September 9, 2010 at 6:03 AM

Hidayah puasa gadis German peluk Islam

Wednesday, September 8, 2010 at 3:49 AM

Petikan : Tips Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Monday, August 16, 2010 at 7:43 AM
Seronok berkongsi kisah orang berjaya sebagai motivasi diri. Terutama kepada orang yang tidak lupa diri walau pun sudah kaya raya dan berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan. Bahagian yang paling menarik ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih menggunakan kereta Proton Perdananya. Sedangkan kita gaji naik lebih sikit jer, kereta lama meragam sibuk nak beli kereta baru import sedangkan cukup bulan gaji ngam-ngam bayar hutang.

Dan untuk lebih bergaya lagi kita menggunakan kad kredit supaya berbelanja lebih dari kemampuan gaji bulanan kita.

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY


LATAR BELAKANG

Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM1,425 juta
Ranking : Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Antara syarikat miliknya :
MMC,
Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS,
Gardenia,
DRB-HICOM dan
Bank Muammalat

Kereta : Proton Perdana

Sumbangan sosial:
Yayasan Al-Bukhary,
Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
Muzium Kesenian Islam,
Kompleks Al-Bukhary,
Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
Pengindahan Masjid Negara,
Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan
Menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan
haji.
Masjid di Lapangan Terbang Senai, Johor

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula.

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya
sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi
(RM750.00) ibunya simpan.

Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau
untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah
pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Mutiara kata…..

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.

Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan.
Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yangAllah beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.
Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

Petikan : Apa guna membaca Al-Quran?

at 7:21 AM

Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sebatang sungai. Mereka beragama Islam. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruh cucunya sama-sama membaca.

Didesak rasa ingin tahu, si cucu bertanya, “Mengapa datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut, walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”

Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.

Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubang bakul yang diperbuat dari rotan tersebut.

Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir, si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.

Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, si datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah, si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai ke sini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”

Si cucu memerhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.

“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.”

Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.

Ya Allah bimbinglah hamba-MU ini untuk selalu membaca firman-firman-Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin.

Petikan : Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

at 6:44 AM

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau bekerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan ada kalanya bekerja sehingga lewat malam dan juga pada hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan daripada isterinya. Saya juga antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang. Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran air mata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibu bapanya, ibu bapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang. Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya".

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekalian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang kepadanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih kepadanya wlaupun dia mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah kepadanya dan sehingga doanya tidak ikhlas termasuk saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan daripada mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati kedua ibu bapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibu bapanya marah. Peristiwa ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau ada kalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang sahabat saya ini dengn memberi pengajaran kepada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini. Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibu bapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…

Kavkaz Center : Abu Dujana (ra) : The death of a Shaheed !

Saturday, August 7, 2010 at 10:30 PM
Thursday, July 15, 2010 at 8:23 AM

Kisah Seekor Helang

Wednesday, July 14, 2010 at 5:38 AM
Burung helang (Bald Eagle) merupakan seekor burung yang amat dikenali kerana kegagahannya. Kehebatannya menangkap mangsa dan ketajaman penglihatannya amat mengkagumkan manusia. Ia selalu menjadi simbol kegagahan dan keunggulan. Namun ramai yang tidak tahu bahawa untuk kekal gagah burung helang harus menghadapi fasa perubahan. Fasa ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal burung tersebut untuk menjalani proses pemulihan.

Burung helang merupakan seekor burung yang mempunyai jangka hayat paling lama. Ia mampu hidup hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun. Ketika ini seekor helang akan dilanda dilema sama ada untuk meneruskan kehidupannya atau menghadapi saat kematian.

Ketika helang ini mencecah usia 40 tahun, fizikalnya akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan mengehadkan pergerakan terbangnya. Saat ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, sama ada untuk menjalani proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat kematiannya. Dilema ini yang pastinya mengegarkan jiwa bukan sahaja pada burung helang tetapi juga kepada kita sebagai manusia.

Proses pemulihan itu mengkehendaki sang helang tadi terbang ke puncak gunung dan berehat di sarangnya. Di atas puncak gunung itu sang helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke batu sehingga paruh tersebut tercabut. Sang helang tadi harus menunggu paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon) atau kerana ia hanya boleh dicabut dengan menggunakan paruh baru yang kuat. Bayangkan kesakitan yang harus ditanggung oleh sang helang demi untuk meneruskan kehidupannya. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh pemulihan ini sang helang tadi juga tidak mampu makan. Hanya kecekalan, keyakinan dan semangat yang betul-betul kuat mampu mengatasi segala tekanan.

Sang helang yang gagah bagaimanapun terpaksa menunggu hingga kuku yang baru tumbuh. Setelah itu, proses terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah perubahan. Kini setelah 5 bulan sang helang mampu berbangga. Sang helang meraikan kemenangannya dengan memulakan penerbangan pertamanya. Sang helang merasakan seolah-olah ia telah dilahirkan semula (rebirth) dan ganjaran yang diperolehi daripada kesengsaraan yang dilalui adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi dengan kemegahan.

Sang helang kini bebas terbang di udara dengan kebanggaan, keunggulan dan kehebatan yang nyata. Ia berhak merasa megah sambil melayang di udara.

Kisah ini seharusnya diteladani oleh manusia, demi mencapai sebuah kejayaan. Dalam meneruskan kehidupan kita mesti melalui fasa perubahan. Perubahan harus dimulakan kerana ia tidak mampu terjadi dengan sendiri. Namun berapa ramai daripada kita yang sanggup melakukan perubahan tersebut.

Manusia rata-ratanya amat takut pada perubahan kerana mereka tahu bahawa mereka akan gagal sebelum proses tersebut berakhir. Penangguhan demi penangguhan dilakukan sehingga pada akhirnya tiada apa-apa pun perubahan yang terjadi. Untuk berubah seseorang individu itu perlu memiliki keyakinan yang betul-betul mantap. Ramai yang mampu menulis atau bercakap tentang keyakinan tetapi amat payah untuk melaksanakannya. Kecekalan dan semangat sebagai pendorong atau agen kepada perubahan tersebut.

Ada kalanya kita perlu menyingkirkan kenangan silam yang menghantui kehidupan, habit lama yang tidak membantu kepada perubahan, serta lain-lain kebiasaan atau amalan yang sudah tidak relevan dengan kehidupan kini. Hanya kebebasan daripada bebanan yang lepas membolehkan kita mengambil peluang untuk kejayaan masa hadapan.

Jangan takut pada perubahan yang positif kerana setiap perubahan yang berlaku pasti akan disusuli dengan suatu hasil atau ganjaran yang sangat menguntungkan. Mulakanlah dengan perubahan yang paling kecil iaitu mengubah cara pemikiran anda. Kawal setiap apa yang anda fikirkan. Jangan mudah melatah dengan isu-isu remeh. Berfikirlah dengan cara yang lebih terbuka dan tenang. Hanya pemikiran yang positif mampu menghasilkan ganjaran yang positif. Perubahan cara berfikir merupakan perubahan yang paling utama kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.


Motivasi singkat ini adalah untuk diamalkan selamanya. InsyaAllah. Sentiasa berani untuk berubah. Always think positively and make sure react in a positive way too!

Think Big, Aim for the Sky..... ^_^

Sebuah Sketsa Hati...kalau ayahanda free.. bace la... ..

Thursday, June 10, 2010 at 6:57 AM
Dipaparkan kiriman daripada seorang pelajar SAKTI
untuk ayahanda tersayang.....


HATI INDAH


Pernah dengar sebuah kisah tentang hati yang indah? Kisah ni simple, tapi ade maknenye. Kisahnye begini…

Tersebutlah kisah, pada suatu hari, seorang pemuda berdiri di tengah kota dan dan menyatakan bahwa dialah pemilik hati yang terindah yang ada di kota itu. Ramai orang kemudian berkumpul dan mereka semua mengagumi hati pemuda itu, kerana memang benar, hati pemuda itu memang benar sempurna. Tidak ada satu cacat atau goresan sedikitpun di hati pemuda itu. Pemuda itu sangat bangga dan mulai menyombongkan hatinya yang indah.

Tiba-tiba, seorang lelaki tua keluar dari kerumunan, tampil ke depan dan berkata,

“Mengapa hatimu masih belum seindah hatiku?”

Semua orang dan pemuda itu melihat pada hati pak tua itu. Hati pak tua itu berdegup dengan kuatnya, namun penuh dengan bekas luka, dimana ada bekas potongan hati yang diambil dan ada potongan yang lain ditempatkan di situ. Namun tidak benar-benar tepat pada posisi asalnya dan ada sisi-sisi potongan yang tidak rata.


Bahkan, ada bagian-bagian yang berlubang kerana dicungkil dan tidak ditutup kembali. Semua orang termasuk pemuda tadi itu tercengang dan hairan, bagaimana mungkin pak tua itu mengatakan bahawa hatinya lebih indah?

Pemuda itu melihat kepada pak tua itu, memperhatikan hati yang dimilikinya dan tertawa.

“Anda pasti bergurau, pak tua,” katanya.

“Bandingkan hatimu dengan hatiku, hatiku sangatlah sempurna sedangkan hatimu tak lebih dari kumpulan bekas luka dan carikan,” katanya lagi.

“Ya,” kata pak tua itu. Sambungnya lagi,

“Hatimu kelihatan sangat sempurna meskipun begitu aku tak akan menukar hatiku dengan hatimu. Lihatlah, setiap bekas luka ini adalah tanda dari orang-orang yang kepadanya kuberikan kasihku, aku menyobek sebagian dari hatiku untuk kuberikan kepada mereka, dan seringkali mereka juga memberikan sesobek hati mereka untuk menutup kembali sobekan yang kuberikan. Namun karena setiap sobekan itu tidaklah sama, ada bagian-bagian yang kasar, yang sangat aku hargai, kerana itu mengingatkanku akan cinta kasih yang telah bersama-sama kami berikan.

Adakalanya, aku memberikan potongan hatiku begitu saja dan orang yang kuberi itu tidak membalas dengan memberikan potongan hatinya. Hal itulah yang meninggalkan lubang-lubang sobekan – memberikan cinta kasih adalah suatu kesempatan. Meskipun bekas cabikan itu menyakitkan, mereka tetap terbuka, hal itu mengingatkanku akan cinta kasihku pada orang-orang itu, dan aku berharap, suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lubang-lubang itu.

Sekarang, tahukah engkau keindahan hati yang sesungguhnya itu?” soal pak tua itu.

Pemuda itu berdiri membisu dan airmata mulai mengalir di pipinya. Dia berjalan ke arah pak tua itu, menggapai hatinya yang begitu muda dan indah, dan merobeknya sepotong. Pemuda itu memberikan robekan hatinya kepada pak tua dengan tangan-tangan yang gemetar.

Pak tua itu menerima pemberian itu, menaruhnya di hatinya dan kemudian mengambil sesobek dari hatinya yang sudah amat tua dan penuh luka, kemudian menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu. Sobekan itu diisi, tetapi tidak sempurna, kerana ada sisi-sisi yang tidak sama rata.

Pemuda itu melihat kedalam hatinya, yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, kerana cinta kasih dari pak tua itu telah mengalir ke dalamnya.

p/s; semoge hati kita sntiase terpelihara...(n_n) by; ketayap_putih


SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI

Friday, June 4, 2010 at 8:35 PM
CIKGU IBRAHIM OMAR PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI KE-50 TAHUN.
DIDOAKAN PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, SIHAT TUBUH BADAN, LEBIH RAJIN MENJALANKAN TUGAS HARIAN, DAN MUDAH-MUDAHAN SEGERA DINAIKKAN PANGKAT MENJADI PENGETUA.

Lawatan & Program Pengantarabangsaan di SMA 61 Jakarta serta Universiti Indonesia

Sunday, May 30, 2010 at 10:54 AM
SMA 61 Jakarta






UI



Thursday, May 20, 2010 at 8:52 PM

KEPADA SEMUA PELAJAR SAKTI YANG DIINGATI

Selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Jawablah dengan tenang. Semoga semuanya beroleh keputusan yang cemerlang.

Ayahanda Pengetua

Adab dan Kesopanan Belajar Dengan Guru

Saturday, May 15, 2010 at 10:36 AM
Dalam ajaran agama Islam martabat guru adalah amat tinggi. Guru berperanan sebagai pembimbing, pengasuh malah sebagai penasihat. Jika tiada didikan dan asuhan guru maka umat manusia sepanjang masa berada dalam situasi jahiliah lantaran tidak ada ilmu yang boleh dijadikan sebagai panduan dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat memuliakan darjat guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab belajar bersama guru.

Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:
1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.

Dalam penulisan agung “Ihya Ulumddin” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas dan pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi.

Pertama,Mendahulukan kesucian batin daripada kerendahan budi dan sifat-sifat tercela. Kerana ilmu pengetahuan itu adalah kebaktian hati, salat batin dan pendekatan jiwa kepada Allah Taala. Bermaksud para pelajar perlu menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan mereka yang jiwanya sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).

Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang dimengertikan sebagai sifat kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.

Kedua, Seseorang pelajar itu hendaklah mengurangkan hubungannya dengan urusan duniawi, menjauhi kaum keluarga dan kampung halaman. Sebab segala hubungan ini mempengaruhi dan memalingkan hati kepada yang lain. Maksudnya para pelajar disarankan supaya tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).

Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak berkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke ladang.

Ketiga, Seseorang pelajar itu jangan menyombong dengan ilmunya dan jangan menentang gurunya. Tetapi menyerah seluruhnya kepada guru dengan keyakinan kepada segala nasihatnya sebagaimana seorang sakit yang bodoh yakin kepada doktor yang berpengalaman.’ Maksudnya para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.

Keempat, ‘Seorang pelajar pada tingkat permulaan, hendaklah menjaga diri daripada mendengar pertentangan orang tentang ilmu pengetahuan sama ada yang dipelajarinya itu ilmu keduniaan atau keakhiratan. Kerana yang demikian itu meragukan fikirannya, menghairankan hatinya melemahkan pendapatnya. Maksudnya orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secara rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yang mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.

Kelima, ‘Seorang pelajar itu tidak meninggalkan suatu mata pelajaran pun dari ilmu pengetahuan yang terpuji dan tidak satu macam pun dari berbagai macamnya selain pandangan di mana ia memandang kepada maksud dan tujuan dari masing-masing ilmu itu.Maksudnya seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya.

Keenam,Seorang pelajar itu tidak memasuki sesuatu bidang dalam ilmu pengetahuan dengan serentak tetapi memelihara tertib dan memulainya dengan yang lebih penting.Maksudnya seorang pelajar tidak memaksa dirinya untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai faktor daripada aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti seseorang.


Ketujuh, Bahawa tidak mencempelungkan diri ke dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan sebelum menyempurnakan bidang yang sebelumnya. Maksudnya seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahaman manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabang ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan terancang.

Kelapan,Seorang pelajar itu hendaklah mengenal sebab untuk dapat mengetahui ilmu yang termulia.Maksudnya seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yang dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepada umat manusia.

Kesembilan, ‘Bahawa tujuan pelajar sekarang ialah menghiasi kebatinannya dan mencantikkannya dengan sifat keutamaan. Dan nanti ialah mendekatkan diri kepada Allah Taala mendaki untuk mendekati alam yang tinggi daripada malaikat dan orang-orang muqarrabin (orang yang mendekatkan dirinya kepada Allah). Dan tidaklah dimaksudkan dengan menuntut ilmu itu, untuk menjadi kepala, untuk memperolehi harta dan kemegahan, untuk melawan orang-orang bodoh dan untuk membanggakan diri dengan teman-teman.’ Maksudnya para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)


Kesepuluh, Bahawa harus diketahui hubungan pengetahuan itu kepada tujuannya supaya pengetahuan yang tinggi dan dekat dengan jiwanya itu membawa pengaruh kepada tujuannya yang masih jauh dan yang penting membawa pengaruh kepada yang tidak penting. Maksudnya setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utama untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan di antara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.

Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Ihya Ulumiddin” diharapkan dapat memberi pedoman yang berfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata yang dicurahkan oleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh individu yang bergelar pelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah dan dapat memberi faedah besar kepada umat sejagat.

SEMUA GURU SAKTI YANG DEDIKASI

Thursday, May 13, 2010 at 7:52 PM

Perutusan Hari Guru 2010 - KPPM

Sunday, May 9, 2010 at 8:14 AM
Perutusan Hari Guru 2010 - KPPM
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekelian.

1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, sekali lagi pada tarikh ini, 16 Mei 2010, kita dapat menyambut hari paling istimewa bagi para pendidik iaitu Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun sejak 1972 disambut untuk kita semua memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion keguruan selain mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.

2. Tahun ini, sekali lagi tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ dipilih kerana ia menepati aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang baik dan berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik agar setiap kita dapat mengembangkan potensi dan bakat secara optimum. Sekolah perlu menjadi acuan dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama. Oleh itu, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama.

3. Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Para guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan. Guru harus bijak membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard serta mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri dalam usaha mencapai kecemerlangan tugas sebagai pendidik dan pembina negara bangsa.

4. Falsafah Pendidikan Guru menekankan kriteria seorang guru haruslah berperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Setiap guru juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap anak didik mereka supaya generasi pelapis akan mampu mengorak langkah kearah kecemerlangan diri, bangsa dan negara.

5. Warga pendidik harus menyedari bahawa selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan menbentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Guru harus dan mesti boleh mengimplementasikan kaedah pendidikan yang tepat di mana strategi pengajaran dan pembelajaran yang beliau lakukan memperhatikan situasi, kondisi dan karakter seseorang, sehingga nilai-nilai murni dapat di tanam dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik. Saya penuh yakin dengan kewibawaan para guru di Malaysia dalam mempersiapkan diri anak didik agar menjadi insan yang cekal dan berupaya mengharungi tuntutan dan perubahan arus globalisasi.

Warga pendidik dan pelajar sekelian,

6. Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Kementerian Pelajaran menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi.

7. Bagi merealisasikan hasrat ini agen perubahan yang utama adalah guru dan institusi pendidikan.Guru harus memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik. Guru harus menggalas tugas berat menghasilkan seorang insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT, berkemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa dan mempunyai sahsiah yang positif agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan negara.

8. Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri menekankan kesejahteraan rakyat dan keberhasilan yang dapat dinikmati seperti yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi mencapai kesejahteraan, warga pendidik harus menghayati dan berkongsi bersama falsafah dan objektif ‘collegiality’ yang membawa maksud “the cooperative relationship with colleagues” (keserakanan). Kita harus faham bahawa prinsip keserakanan yang positif boleh mempercepatkan proses pencapaian kecemerlangan secara bersama. Prinsip keserakanan harus wujud dalam diri setiap pendidik supaya aspirasi negara dapat diterjemahkan dalam satu kefahaman bersama.

9. Saya dengan ini menyeru kepada semua warga pendidik supaya membulatkan tekad dan menguatkan azam untuk sama-sama bekerja bagi memartabatkan organisasi pendidikan kita. Adalah menjadi harapan saya, semua guru melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah dengan semangat keserakanan bagi memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia yang menekankan ideologi rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Penerapan konsep 1Malaysia harus dipupuk di peringkat sekolah kerana pembentukan sahsiah dan karakter remaja adalah ketika di alam persekolahan. Sama-samalah kita berdoa agar apa yang direncana akan terlaksana mengikut rangka kerja dan perancangan.
10. Penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 meliputi semua agensi kerajaan. Sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan perlu dilaksanakan. Tuntutan terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan, kepimpinan, kompetensi guru yang tinggi dan lain-lain memerlukan sekolah menggunakan strategi serta amalan yang berasaskan prestasi. Penggunaan KPI dan sasaran prestasi boleh digunakan dalam setiap aspek pengurusan sekolah di mana prestasi boleh diukur dari segi proses yang disampaikan dan output yang dihasilkan di sekolah. Sasaran prestasi perlu mengambil kira perkara-perkara seperti keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur yang sesuai serta kepuasan dan kehendak pelanggan.

11. Saya yakin sistem pengukuran KPI sebagai kayu pengukur kepada kecemerlangan perkhidmatan pendidikan akan dapat meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan untuk rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan kualiti sistem pendidikan negara kekal dan bertaraf dunia.

12. Akhir kata, sempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia dan berharap tahun 2010 ini akan membawa kecemerlangan kepada institusi pendidikan negara dengan melahirkan modal insan yang harmonis dan seimbang yang akan menjadi tonggak kekuatan negara bangsa.

TERIMA KASIH CIKGU! …“SELAMAT HARI GURU”.

Tip komunikasi berkesan

Friday, April 30, 2010 at 11:01 PM
Petikan Myadha blogspot
Komunikasi yang berkesan mampu menarik minat rakan-rakan, keluarga mahupun orang di sekeliling untuk menyukai anda, kadangkala, berbicara dengan rakan sendiri pun boleh menimbulkan pergaduhan. Ini mungkin terjadi disebabkan penggunaan perkataan yang kurang sesuai, sekali gus membuatkan rakan berkecil hati.

Hubungan persahabatan yang telah lama terjalin juga menjadi salah satu faktor mengapa kita kurang peka dengan perasaan rakan.

Komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain.

Komunikasi boleh terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada secara lisan atau sebaliknya. Sebagai contoh, bahasa badan, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, penulisan dan sebagainya.

Berikut ialah beberapa maklumat yang boleh dijadikan panduan berguna untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tunjuk minat ketika berbual

Setiap kali berkomunikasi dengan rakan atau orang lain, lihat ke dalam mata mereka dan tunjukkan minat yang mendalam. Ingat, jadikan suasana komunikasi dalam keadaan santai agar mereka bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan. Jangan menunjukkan perasaan jemu jika rakan kerap bertanya atau berbicara mengenai perkara yang sama.

Sentiasa beri tumpuan
Sabar dan luangkan masa untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Jika rakan menceritakan sesuatu perkara, jangan mencelah dengan cerita anda. Biarkan dia menghabiskan ceritanya dahulu, kemudian barulah anda pula memulakan cerita. Melalui tumpuan yang anda berikan, ia membuatkan rakan merasa dihargai.

Berhenti bercakap
Anda tidak dapat mendengar apa yang dibicarakan oleh rakan sekiranya anda juga ingin bercakap. Malah, komunikasi yang terjadi antara kedua-dua belah pihak juga akan menjadi hambar dan dingin. Ini menimbulkan rasa kurang senang kepada salah satu pihak. Tidak mustahil mereka akan mencari rakan lain untuk mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan.

Pendengar yang aktif
Pendengar yang baik mampu menyimpulkan fakta-fakta untuk pemahaman mereka. Jangan teragak-agak bertanya semasa perbualan tersebut. Dengan banyak bertanya anda akan lebih memberi tumpuan kepada perbincangan tersebut. Selain itu, ia akan menggalakkan rakan meneruskan perbincangan dan menunjukkan anda ialah seorang pendengar yang setia.

Menyesuaikan diri
Anda boleh membantu rakan-rakan untuk berasa selesa dan diterima jika anda mampu menyesuaikan diri dengan emosi mereka. Jika rakan menceritakan perkara sedih, cubalah beri semangat atau menunjukkan mimik wajah yang sedih bagi membuatkan mereka berasa lega. Secara tidak langsung, anda membawa mesej bahawa anda memahami apa yang diluahkan dan mengenal pasti masalah dengan jelas.

Sabar dan kawal emosi
Kemarahan boleh menyebabkan berlakunya salah faham terhadap apa yang sebenarnya ingin rakan anda luahkan. Anda harus memberi masa untuk bertindak balas. Ini akan membuatkan anda lebih tenang dan dapat mengekalkan kesabaran.

Prihatin
Walaupun berada dalam keadaan bosan, tunjukkan bahawa anda masih berminat dan prihatin dengan topik yang dibualkan. Galakkan mereka meneruskan perbualan dengan cara berdiam sejenak. Tetapi bukan berdiam secara berterusan kerana ia mungkin akan menyebabkan komunikasi itu tidak menjadi.

Gembira
Jadikan perbualan positif dengan menyatakan bahawa anda mahu membantu menyelesaikan masalah mereka. Pandangan yang positif akan membuatkan perbualan itu lebih produktif serta membina.

Jangan Ada Benci Di Hati

at 10:54 PM
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Allah itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"
at 10:42 PM
Berkomunikasi dengan anak remaja
Thursday, April 29, 2010
Alam remaja merupakan suatu proses perkembangan yang dilalui oleh setiap manusia. Proses ini membawa kepada perubahan yang perkembangan fizikal, mental dan juga sosial diri seseorang.

Oleh sebab itu ibu bapa seharusnya memberikan perhatian dan bimbingan yang lebih optimum kepada anak remaja.

Remaja dan permasalahan sememangnya sukar dipisahkan. Hal ini menjadi bertambah rumit bagi sesetengah ibu bapa kerana sukar untuk memahami dan berkomunikasi dengan anak remaja mereka.

Menurut pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah A. Ghani, kebanyakan ibu bapa merasakan mereka sudah menjalankan tanggungjawab dan memberikan perhatian yang sewajarnya tetapi bagi remaja itu masih belum cukup.

''Komunikasi membawa maksud suatu proses penyampaian fikiran dan perasaan melalui bahasa, mendengar, bicara gerak tubuh dan ungkapan emosi.

''Melalui komunikasi antara ibu bapa dengan anak remaja dapat melahirkan hubungan seimbang dan harmoni serta membentuk suasana keterbukaan dan saling mendengar antara satu sama lain," ujarnya.

Jelasnya, berkomunikasi dengan sesiapa pun termasuk dengan anak sendiri memerlukan teknik dan cara yang betul.

''Hal ini penting agar nasihat dan pesanan yang akan kita sampaikan dapat diterima dengan baik oleh anak,'' tegasnya.

Oleh hal yang demikian, ada beberapa kaedah yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak remaja.

''Sebagai ibu bapa mereka perlu membina suatu hubungan yang rapat dengan anak remaja supaya apabila berkomunikasi nanti mereka dapat menerima dan memahami maksud yang ingin disampaikan," katanya.

Namun tegas Dr. Saedah, kebanyakan ibu bapa sering merasakan diri mereka lebih tahu segalanya sehingga menyebabkan hak sebagai anak dipertikaikan.

''Seharusnya, sebagai ibu bapa mereka bertindak menjadi pendengar yang setia supaya anak remaja dapat meluahkan masalah dengan selesa,'' katanya.

Malah katanya lagi, tidak salah jika ibu bapa menerima dan memahami perasaan remaja bila mereka menghadapi sesuatu situasi sama ada sedih, gembira, marah, sakit hati dan sebagainya.

Menurutnya, kemahiran berkomunikasi amat penting ketika berhadapan dengan anak remaja kerana pada peringkat umur ini mereka selalunya lebih agresif dan mempunyai pendapat sendiri.

''Sewajarnya ibu bapa perlu mengenal diri sendiri dan mampu memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada mereka ketika berkomunikasi dengan anak remaja,'' ujar Dr. Saedah yang menjelaskan kaedah diplomasi banyak membantu mendidik anak-anak dalam berkomunikasi.

Komunikasi

Dalam pada itu, ibu bapa juga harus mengenali diri anak remaja. Jika diperhatikan dengan mendalam remaja lazimnya mempunyai konsep diri yang unik dan ini penting bagi ibu bapa untuk memahami dan memiliki pengetahuan tentang sikap, emosi dan perubahan serta gaya hidup remaja.

Masalah dalam berkomunikasi ini sebenarnya disebabkan ibu bapa kurang memahami perasaan anak.

Oleh itu, ibu bapa perlu meningkatkan kemampuannya dan mencuba memahami perasaan anak sebagai lawan dan kawan berbicara.

Perasaan memainkan peranan yang sangat penting dalam berkomunikasi, kerana jika seseorang mengalami perasaan gembira, ini akan memudahkan mereka untuk berkomunikasi atau menyampaikan pendapat atau meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Hal sebaliknya akan berlaku jika mereka berasa marah sedih atau kecewa.

''Pada dasarnya keperluan manusia yang paling penting adalah keinginan agar perasaannya difahami, didengari, dihargai dan dirinya dapat diterima,'' katanya.

- UTUSAN
Monday, March 8, 2010 at 7:56 AM
Dilema Ke Sekolah Asrama Penuh

Baru-baru ini Anita memperoleh keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang membanggakan dan bercadang menyambung persekolahan menengah di sekolah berasrama penuh (SBP).

Namun apabila kerajaan mengumumkan hanya akan mengambil hanya 6,090 orang sahaja daripada 93,000 pelajar yang memohon untuk ke asrama penuh, Anita menjadi berbelah bahagi.

Tambahan pula terdapat saudara terdekatnya yang pulang semula ke sekolah harian biasa kerana tidak sesuai dengan persekitaran dan suasana di asrama penuh. Dia menjadi keliru dan serba salah antara keinginan dan cabaran yang akan ditempuhi.
Kelebihan Sekolah Berasrama Penuh
Kita semua pasti teruja dengan berita bahawa 93,000 pelajar memohon masuk ke SBP sedangkan tempat yang tersedia hanya untuk 6,090 orang sahaja. Bilangan itu meliputi 42,029 pelajar calon UPSR yang meraih semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Sebanyak 12,320 calon pula adalah daripada semua yang meraih A datangnya dari luar bandar. Adik Anita mungkin adalah salah seorang daripada mereka yang memohon itu dan mungkin yang bertuah untuk mendapat tempat di salah satu daripada 48 SBP dan SBP Agama atau di lebih 41 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

Sekolah berasrama penuh dibangunkan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi akademik, jasmani dan rohani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, proaktif serta mempunyai disiplin yang tinggi.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom pernah berkata, antara tujuan utama kerajaan membina SBP adalah memberi peluang kepada pelajar cemerlang dari luar bandar merasai suasana pembelajaran lebih selesa. Jelas beliau lagi, ia juga lebih terarah terhadap usaha kerajaan menyediakan pendidikan terbaik kepada pelajar cemerlang daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan termasuk anak masyarakat Orang Asli.

Banyak kelebihan yang boleh dinikmati bukan sahaja untuk para remaja itu sendiri. Kepada ibu bapa, ia pasti dapat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan dan juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

Guru-guru dan kualiti pembelajaran yang baik dapat membantu pelajar-pelajar ini dalam mencapai cita-cita mereka. Jadual seharian yang ditetapkan oleh pihak sekolah dapat membantu mendisiplinkan pelajar dalam aktiviti seharian mereka. Selain itu ia juga dapat melahirkan pelajar yang berdikari dan mempunyai asas kendiri yang teguh.

Biarpun banyak kelebihan yang diperoleh daripada sekolah asrama penuh, beberapa faktor perlu dikaji sebelum ibu bapa atau pelajar itu membuat keputusan untuk ke sekolah berasrama penuh.
Ke Asrama Atau Tidak?
Para ibu bapa dan anak mereka seharusnya berbincang untuk meneliti kemungkinan dan membuat keputusan dalam hal ini. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya ketidaksediaan remaja untuk ke sekolah asrama penuh.

Apabila ini terjadi, psikologi anak-anak yang masih muda ini akan terganggu. Lebih parah lagi sekiranya ia menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Dalam hal ini, mungkin ibu bapa boleh mempertimbangkan sama ada menghantar anak mereka ke sekolah berasrama semasa Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.

Terdapat ibu bapa yang berpendapat bahawa umur 12-13 tahun adalah terlalu muda untuk ke sekolah berasrama kerana mereka belum matang dalam membuat keputusan dan untuk menyesuaikan diri dengan cabaran di persekitaran baru.

Menghantar anak-anak ke asrama seharusnya diiringi dengan kesediaan ibu bapa dan remaja itu sendiri. Ibu bapa harus meneliti akan watak dan keterampilan anak mereka dan juga sekolah terbabit. Kebanyakan ibu bapa pasti mempunyai hujah yang kuat untuk menghantar anak mereka ke asrama, iaitu untuk mendapatkan pendidikan terbaik dan juga sebagai langkah untuk menerapkan disiplin dalam diri anak mereka supaya cara hidup lebih teratur.

Namun di sebalik itu, ia bergantung kepada anak itu sendiri yang akan menentukan kaedah pembelajaran dan budaya seharian. Apa gunanya di sekolah berdisiplin tetapi apabila berada di rumah, mereka tidak dapat mengikuti disiplin tersebut? Disiplin di sekolah mungkin berbentuk luaran, iaitu menjalankan peraturan melalui penguatkuasaan dan disokong dengan penalti atau hukuman sekiranya tidak dipatuhi.

Dalam konteks ini, ia berbalik kepada pendidikan asas dan nilai-nilai diri yang diterima di rumah, iaitu pendidikan oleh ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa harus menyiapkan anak mereka dan membimbing anak-anak mereka untuk hidup berdikari hatta anak mereka tidak dihantar ke sekolah asrama penuh sekali pun. Nilai-nilai murni dan pendidikan agama harus sentiasa diterapkan dalam jiwa remaja. Ini supaya remaja mempunyai pertimbangan dalam menghadapi permasalahan semasa terutama sekali apabila mereka berada di dalam lingkungan rakan-rakan sebaya.

Selain itu. apabila ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah berasrama, ibu bapa haruslah memahami keperluan psikologi anak-anak yang berpisah daripada ibu bapa, keluarga dan keselesaan yang ada tatkala berada di rumah. Anak-anak harus diziarah dan dipantau supaya mereka tidak berasa keseorangan dan mendapat sokongan keluarga.

Pengalaman penulis sendiri apabila berada di sekolah berasrama, sokongan dan doa ibu bapa adalah sangat penting dalam menguatkan semangat untuk terus belajar dan menghadapi kehidupan di asrama. Namun amat menyedihkan apabila ada di kalangan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama semata-mata bagi melepaskan beban kepada pihak sekolah untuk menjaga anak mereka.

Lebih malang lagi sekiranya perbelanjaan anak-anak tidak dijaga atau dikawal. Ibu bapa bukan sahaja berkewajipan untuk menghantar belanja kepada anak-anak mereka, tetapi juga harus menasihatkan anak-anak dalam menguruskan wang yang diterima. Hal ini amat berguna apabila mereka sudah dewasa kelak. Ibu bapa juga harus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam apa-apa program yang dijalankan dan tidak begitu ‘memanjakan’ anak-anak mereka dengan menyerahkan segala urusan hanya kepada guru dan warden sahaja.

Di pihak diri remaja pula, seharusnya ada persediaan untuk menghadapi kehidupan baru di sekolah berasrama penuh. Jadual di sekolah tidak sama jika dibandingkan apabila berada di rumah. Peraturan perlu diikuti, masa harus dipatuhi dan perhubungan baik sesama rakan dan guru harus dipelihara.

Remaja perlu menunaikan tanggungjawab dalam menguruskan masa, disiplin belajar, kewangan, dan juga tidak lupa untuk berusaha membentuk keperibadian diri yang utuh. Menyesuaikan diri di tempat baru dan mencari rakan yang baik adalah penting dalam membantu ke arah kecemerlangan diri dan sahsiah.

Remaja dan ibu bapa harus sentiasa berbincang atas permasalahan yang timbul. Perhubungan antara remaja dan keluarga tidak seharusnya menjadi renggang dan kekok. Adalah amat penting bagi remaja untuk selalu berpegang kepada nilai-nilai murni dan tidak membelakangkan nilai-nilai agama dalam menjalani kehidupan seharian.

Pengaruh rakan-rakan harus dipertimbangkan dengan baik supaya tidak terjebak dengan anasir-anasir yang boleh mendatangkan keburukan pada diri mereka dan juga keluarga. Sentiasalah memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk dalam menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

Selain itu, kerjasama yang baik antara rakan-rakan dan guru-guru adalah amat penting dalam membantu menyesuaikan diri dan juga untuk mencapai matlamat untuk berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
Kesimpulan
Sekolah berasrama penuh mendatangkan banyak kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang, tetapi juga untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang.

Golongan ini diharap mampu menjadi pemimpin di masa hadapan dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti. Namun begitu, jika tidak terpilih, ibu bapa dan remaja tidak seharusnya berasa kecewa dan berasa rendah diri dengan rakan-rakan yang berjaya ke sekolah asrama penuh. Usaha mempertingkatkan diri harus sentiasa berjalan walau di mana sekalipun kita berada.

Kerajaan juga sedang berusaha untuk memperkasakan sekolah harian secara holistik supaya dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang. Apatah lagi ramai pelajar yang tidak ke asrama penuh pun berjaya seperti Nur Amalina yang berjaya memperolehi 17A1 dalam peperiksaan SPM beliau sungguhpun bersekolah di sekolah harian biasa.

Apa yang penting adalah kesungguhan pelajar untuk berjaya dan pada masa sama ibu bapa mereka perlu memberi sokongan penuh kepada anak-anak mereka.

Artikel ini ditulis oleh Nurul Izzah Sidek.
at 7:56 AM
Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Home Sick

SOALAN

Saya adalah pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya bersyukur dan bertuah kerana dipilih meneruskan pelajaran di sini.

Selepas masuk bulan ketiga (Mac lalu), emosi saya menjadi tidak stabil dan kerap menyendiri dan selalu teringatkan rumah.

Saya menjadi terlalu rindu, sunyi, sayu, sedih dan ka dangkala menangis. Mungkin ini merupakan kejutan budaya belajar di sini, tetapi saya sangat sayangkan sekolah ini dan rakan-rakan.

Keluarga sering memberi perangsang dan sanggup ber ulang-alik menjengok saya setiap hujung minggu, tetapi keadaan saya masih tidak berubah dan amat sukar berpisah bila bertemu.

Apa patut saya lakukan agar memudahkan saya menerima hakikat belajar di asrama berbeza berbanding belajar di rumah. Saya selesa di asrama, tetapi pada masa sama, saya rindukan suasana di rumah.

Harap Dr dapat membantu memberi panduan atau kursus yang boleh diikuti sempena cuti penggal akan datang.

Apa patut saya lakukan ketika dua minggu sekolah nanti dan saya amat takut jika tidak tidak bersedia berpisah dengan keluarga kelak apabila bercuti panjang.

JAWAPAN

Adik nampaknya seorang pelajar yang sudah tahu betapa pentingnya pelajaran dalam kehidupan adik. Adik juga mempunyai ibu bapa yang menyayangi adik di mana setiap minggu akan menjenguk adik.

Pengorbanan perlu dilakukan dalam usaha meniti kejayaan. Sebab itu adik tinggal di asrama agar proses pembelajaran berlaku dengan baik.

Perpisahan secara fizikal dan emosi dengan keluarga yang disayangi memang bukan sesuatu yang mudah.

Adik pula masih berusia 13 tahun. Perkara ini selalu berlaku kepada pelajar yang memasuki asrama yang terpaksa berpisah dengan keluarga mereka.

Apatah lagi, jika hubungan yang terjalin antara adik dengan ibu bapa sebelum adik ke asrama adalah rapat.

Perapatan ini menyebabkan perpisahan emosi dan fizikal (ketika adik di asrama) menekan emosi adik.

Penting bagi ibu bapa memastikan bahawa perapatan yang dibina dengan adik tidak dipisahkan dengan serta-merta. Jalinan emosi masih tetapi wujud, cuma dipisahkan dengan jarak tempat.

Bagaimanapun, adik masih boleh berjumpa dengan keluarga adik di hujung minggu apabila mereka melawat adik dan boleh menelefon mereka bila adik merasa rindu.

Selalunya di peringkat awal perpisahan adalah waktu yang sukar. Sebelum ini adik banyak bergantung kepada ibu bapa dalam urusan kehidupan seharian adik seperti melakukan kerja rumah, kini adik kena belajar berdikari dan keadaan di asrama tentu berbeza dengan keadaan di rumah.

Perubahan berlaku dalam kehidupan adik sama ada dari segi keselesaan atau tangungjawab yang perlu adik pikul. Itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Perubahan ini jika berjaya dilalui membolehkan adik men jadi lebih matang dan belajar menjadi individu yang berdaya tahan.

Jika adik dapat melalui saat-saat sukar ini dengan baik, adik dapat mengawal emosi yang stabil. Jika emosi stabil, tentu adik boleh tumpukan perhatian kepada pelajaran.

Untuk mengurangkan rasa rindu kepada keluarga, adik perlu sesuaikan diri dengan rakan di asrama melalui be kerjasama dan mudah akrab dengan mereka.

Aktif menyertai kokurikulum boleh membantu mengalih perasaan kesunyian itu. Adik juga boleh berjumpa dengan guru kaunselor jika masih tertekan.
at 6:24 AM

Kehidupan Belajar di Sekolah Berasrama
Sebuah perkongsian oleh:
Wan Fathiyyah Wan Ibrahim
2nd Year Medical Student
Kasr el Ainy Medical School
Cairo University
,Egypt


Fikiran saya masih terikat dengan Al-Amin waktu itu. Sebab saya telah dibesarkan selama 6 tahun di sana,jadi jiwa seperti sudah sebati dengan falsafah pendidikan,visi dan misi Al-Amin.

Sejurus keluar sahaja keputusan UPSR yang sangat membanggakan,ayah berkeputusan untuk tidak menyambungkan saya ke Al-Amin seperti abang-abang saya sebelum ini. Ayah mahu menghantar saya ke sekolah berasrama. Mahu saya berdikari katanya. Ok,masa itu saya boleh terima lagi keputusan ayah.Tapi bila saja ayah kata mahu hantar saya ke sekolah berasrama di Kelantan,jiwa saya seperti memberontak. Untuk apa ayah mahu menghantar saya bersekolah jauh-jauh. Jarak antara Gombak dan Kota Bharu bukanlah dekat. Saya bermonolog dengan diri sendiri. Tiada siapa tahu apa yang saya rasa waktu itu. Walaupun saya masih punya datuk,nenek dan saudara-mara belah ayah di sana,namun saya seperti mahu membangkang juga keputusan ayah.

Emak memujuk saya berulang kali. Kata emak,ini semua untuk kebaikan saya juga di masa hadapan. Dengan pemikiran saya pada waktu itu hanya berumur 13 tahun,saya menuruti keputusan ayah. Mungkin ada hikmah. Boleh jadi benda yang saya tidak suka itulah yang terbaik buat saya.

Saya dimasukkan ke SMKA Naim Lilbanat. Kata ayah,sekolah itu tersohor di Kelantan. Mahu masuk ke sekolah itu bukanlah senang. Beberapa buah kriteria perlu dituruti untuk menjaga kualiti sekolah tersebut. Pertama,seseorang peajar perlu mencapai 5A dalam UPSR.

Kedua,dia juga perlu melepasi ujian kelayakan untuk masuk ke sekolah SMKA yang dipantau oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Jika bagus pencapaiannya dalam ujian tersebut,maka seseorang itu akan dihantar ke sekolah yang bagus-bagus juga. Ujian kelayakan tersebut berupa ujian penilaian pengetahuan dan Kemahiran dalam Bahasa Arab,Tajwid,pengetahuan asas dalam bidang Agama dan sebagainya.

Walaupun hati kecil kata ‘tidak mahu’ untuk bersekolah di Kelantan,tapi saya telah menduduki ujian kelayakan tersebut dengan sangat jayanya.Dengan memperoleh peratus keseluruhan 90%,saya telah dipilih untuk menjadi salah seorang pelajar SMKA Naim Lilbanat.

Saya punya pengalaman yang sangat berharga sepanjang bersekolah di SMKA Naim Lilbanat ini.

Pertamanya ialah pengalaman bersekolah kerajaan(Al-Amin ada salah sebuah sekolah swasta). Sistem sekolah kerajaan dan sekolah swasta sangat berbeza. Sekolah Kerajaan banyak terikat dengan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan juga pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Sekolah swasta juga turut mengikut kurikulum pihak kementerian yang berlainannya ialah pendidikan tambahan seperti subjek Hafazan dan Tilawah serta aktiviti ko-kurikulum nya yang agak unik dan berbeza berbanding sekolah-sekolah lain. Jadi,saya perlu membiasakan diri untuk menurut ‘arus’ bersekolah kerajaan. Benar,masing-masing punya kelebihan.

Naim Lilbanat sangat jauh dari rumah. Mahu tak mahu kena tinggal dan bertahan juga di situ. Keluar air mata darah sekalipun,saya tahu saya tak mungkin dapat mengubah keputusan ayah. Jadi saya fikir saya yang perlu mengubah diri sendiri. Belajar mematangkan diri,hadapi semua dengan sabar dan cekal serta berjanji dengan diri sendiri untuk mencapai keputusan PMR yang terbaik pula agar nanti boleh la saya jadikan ia sebagai alasan untuk memujuk ayah agar menukarkan saya untuk kembali bersekolah di sekitar Selangor/KL sahaja.

Tahun pertama di Naim merupakan tahun yang sangat mencabar buat saya. Namun,ia juga merupakan titik permulaan saya di Naim. Pengalaman bangun awal pagi untuk berebut bilik mandi,beratur untuk ambil giliran basuh baju,beratur untuk ambil ‘tray’ di dewan makan,hadapi kelas prep petang dan malam dan pengalaman menghadiri ‘Roll Call’ setiap kali pulang semula ke asrama dari kampung. Pada mulanya,memang penat menghadapi itu semua.Iya la,kita duduk rumah takkan adanya nak beratur berebutkan bilik air,beratur ambil makanan di dapur pun mustahil la. Tambahan lagi,kita makan nasi dalam pinggan di rumah.Bukan dalam ‘tray ‘ seperti di asrama.

Kepenatan saya duduk asrama jelas kelihatan bila setiap kali balik kampung,masa saya banyak dihabiskan dengan tidur sahaja. Mujur semua orang faham.Tapi itu semua waktu tahun pertama sahaja. Tahun kedua dan ketiga tidak begitu sebab sudah biasa. Jadi badan mula dapat menerima rutin seharian begitu.

Di antara program wajib untuk pelajar yang tinggal di asrama ialah gotong-royong asrama setiap minggu. Setiap dorm akan ditugaskan untuk membersihkan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh AJK asrama. Dalam tempoh dua jam,keadaan asrama akan dipastikan bersih,kemas dan kondusif untuk keselesaan para pelajar asrama juga.

Naim ini merupakan sekolah untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja. Maka kelebihan di situ ialah,kurang juga masalah sosial kerana tiada lelaki. Mahu menjalankan perbincangan dalam pelajaran pun mudah. Masalah displin juga tidak begitu besar .Kes-kes sampai kena buang sekolah pun jarang didengari.Kes ‘couple’ sudah tentu tidak ada.


Tapi mungkin ada kes sebegini jika di luar waktu sekolah/outing/pulang ke kampung. Entah,saya pun kurang arif tentang ini. Dalam kelas pun mudah,kami bebas bertanyakan topik mana yang tidak dapat difahami kepada cikgu tanpa rasa malu-malu sebab semuanya rakan-rakan perempuan.Nak buat bising pun boleh,tak perlu segan tapi tetap ada batasannya juga lebih-lebih lagi jika ada guru dan sebagainya.

Tahun pertama juga,saya mengalami masalah dari segi bahasa. Kita ni orang KL. Jadi masih kurang berbahasa ‘Kelate’ dengan begitu fasih lagi. Pengalaman digelakkan kawan-kawan sekelas sebab pelat Kelantan saya agak kurang menjadi itu sudah menjadi perkara biasa. Maka,saya jadi seorang yang agak pendiam pada tahun pertama. Kita jadi ‘budak baik’ sikit. Tapi malam-malam sebelum tidur,agak selalu juga la saya berlatih bercakap ‘Kelate’ seorang-seorang dalam dorm. Semuanya gara-gara saya tidak mahu digelakkan lagi dan nanti senang la mahu bercampur dengan semua orang.

Naik tahun dua,masalah bahasa bukan lagi satu masalah dalam hidup saya waktu tu.Saya sudah menguasai sepenuhnya kemahiran berbahasa ini. Malah,mereka yang tidak tahu saya berasal dari mana sudah pasti mereka percaya habis yang saya ini anak Kelantan.Sebab pelat Kelantan saya sangat mantap. Mereka kata,lidah saya sudah jadi seperti lidah anak jati Kelantan.Tidak sia-sia saya menjadi budak ‘pendiam’ dan berlatih bercakap seorang-seorang waktu tahun pertama.Ia memang mendatangkan hasil yang memuaskan hati saya sewaktu masuk sahaja tingkatan dua.

Bermula pada tahun kedua la saya mula bergaul dengan ramai orang. Baik adik-adik ‘junior’ mahupun kakak-kakak ‘seniors’. Bermula tingkatan dua juga,saya mula aktif dengan aktiviti-aktiviti luar kelas seperti sukan Bola Jaring dan Kawad Kaki. Sibuk tak usah cakap. Jika tidak dapat mengurus masa dengan bijak,pasti boleh tersungkur dalam akademik dengan mudah.

Sering sahaja perasaan cemburu menyelubungi diri bila lihat kawan-kawan ke kelas prep petang,menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.Tidak seperti saya yang bila waktu kelas prep petang saja,wajib turut padang. Sama ada berlatih kawad kaki di tengah padang di bawah panas terik matahari atau berlari di sekeliling padang untuk praktis bola jaring sebelum perlawanan bola jaring antara sekolah-sekolah peringkat daerah bakal tiba.

Waktu prep malam pula digunakan sungguh-sungguh untuk ‘cover study’.Buat kerja sekolah,siapkan projek Kemahiran Hidup,buku skrap,laporan sejarah,projek Geografi dan bermacam-macam lagi. Saya sering juga ‘mencuri’ waktu untuk menyudahkan tugasan peribadi lain seperti membasuh baju,kemas bilik,gosok baju dan sebagainya. Itulah rutin seharian saya di Naim. Jarang nampak saya bersenang-lenang. Amat susah untuk lihat saya punya waktu lapang,lepak-lepak dan borak-borak kosong. Sebab saya memang tidak punya masa rehat yang betul-betul.

Masa waktu sekolah,ditumpukan sepenuhnya perhatian dalam kelas,waktu prep malam focus untuk kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. Tidur? Saya sudah biasa tidur lewat sejak dahulu lagi. Pernah juga kadang-kadang tidak tidur malam gara-gara mahu baca buku sebab keesokan harinya ada ‘exam’ Sains. Mujur soalannya mudah-mudah sahaja dan markah Sains juga memberansangkan pada waktu.

Saya bukan tidak boleh untuk memilih menjadi seorang pelajar yang duduk diam belajar dalam kelas,tidak sertai program luar kelas dan sebagainya. Tapi saya merasakan waktu muda ini sahaja saya boleh timba pengalaman menjadi sibuk dan mengukuhkan sifat-sifat yang ada dalam diri sendiri. Saya mahu genggam betul-betul peluang yang saya ada dan manfaatkan ia dengan sepenuhnya. Dan saya tahu,saya akan peroleh sesuatu dengan sertai aktiviti-aktiviti semua itu.

Jadi saya tidak pernah berasa kesal. Rasa cemburu pada kawan-kawan itu saya buang jauh-jauh sebab saya yakin,saya boleh tersenyum dengan melihat pencapaian saya dan kejayaan saya di atas pengorbanan ini nanti. Saya berjanji pada diri sendiri yang sesibuk mana pun saya,pelajaran dan akademik tidak wajar diketepikan.Saya mahu membuktikan pada mereka bahawa seorang pelajar yang tinggal di asrama,sibuk dengan ko-kurikulum boleh cemerlang seperti pelajar yang berulang-alik ke sekolah, tidak aktif dengan aktiviti luar dan mereka yang ambil kelas Tuisyen di luar(pada zaman saya dahulu,pelajar asrama tidak dibenarkan mengambil kelas tuisyen di luar).

Hasilnya,saya berjaya. Dalam bidang akademik,Alhamdulillah saya berjaya mencapai keputusan 9A dalam PMR. Dalam bidang ko-kurikulum pula,saya dan rakan-rakan sepasukan kawad kaki KRS SMKA Naim Lilbanat berjaya menjadi Johan Pertandingan Kawad Kaki KRS peringkat negeri Kelantan dan kami mewakili negeri Kelantan dalam pertandingan yang sama di peringkat kebangsaan buat dua tahun berturut-turut.

Sudah tentu yang membezakan SMKA dengan sekolah biasa adalah dari segi pengisian Rohaninya. Buat pelajar yang tinggal di asrama,pada setiap petang,sebelum masuknya waktu maghrib,kami diwajibkan untuk turun ke masjid baca mathurat bersama-sama dan seterusnya mengerjakan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Bila saya naik tingkatan tiga di Naim,pihak sekolah menyarankan agar aktiviti solat subuh secara berjemaah dilaksanakan.Alhamdulillah,saranan tersebut diterima baik oleh semua pelajar asrama walaupun pada mulanya semua agak terlambat untuk ke masjid sebab belum biasa.

Setiap malam Jumaat dan Sabtu pula,pihak ajk Masjid akan menjemput ustaz-ustazah kami untuk menyampaikan pengisian buat kami. Aktiviti usrah juga sudah menjadi kelaziman buat kami pada setiap minggu.Kami akan dikumpulkan menurut kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan,duduk dengan kakak yang telah ditugaskan untuk menjaga kami,sama-sama berkongsi pendapat,tadabbur Al-Qur’an,bincang isu semasa dan sebagainya.

Perkara lain yang membezakan SMKA dengan sekolah biasa lain ialah subjek Bahasa Arab yang menjadi subjek wajib diambil untuk peperiksaan besar seperti PMR dan SPM.

Saya bersyukur kerana saya bersekolah di SMKA. Kerana saya suka berada dalam tarbiyah yang sentiasa terjaga. Bukan bermakna saya ni suka berada dalam ‘Zon yang Selesa’ tapi saya tetap merasakan bahawa jiwa saya hanya boleh menerima dalam persekitaran sebegitu sahaja.Jika tidak,jiwa saya mungkin akan memberontak,saya pasti akan berubah menjadi diri saya yang lain. Biarlah subjek akademik yang diambil banyak di SMKA ni.Asalkan ilmu di dada juga bertambah dan boleh diamalkan dalam kehidupan.Biarlah rasa terbeban sedikit dari segi jumlah subjek yang mahu diulangkaji,asalkan ia kekal dalam sanubari ini.

Dengan keputusan PMR,saya berjaya ‘pulang’ ke rumah,bersekolah di KISAS yang merupakan salah sebuah sekoah berasrama penuh di Malaysia.

Bermacam-macam pengalaman yang telah dihadiahkan buat diri saya.Pengalaman dan kenangan tiga tahun bersekolah di Naim yang memegang amanah sebagai salah sebuah sekolah SMKA,pengalaman tinggal di asrama,pengalaman berjauhan dengan keluaga, pengalaman menyertai aktiviti luar sekolah,pengalaman menjadi seorang yang sibuk dan lain-lain lagi telah dipahatkan betul-betul dalam memori ini.

Sesungguhnya,semua itu banyak mengajar saya,membina dan mendidik sehingga lahirlah saya yang sekarang.Dalam adik-beradik saya,saya dikira sebagai seorang yang matang dan mampu berdikari alam usia yang muda. Jadi ayah dan emak tidak perlu bimbang lagi dengan anak mereka yang seorang ini. Emak tidak perlu bimbangkan saya yang selalu ditinggalkan keseorangan di rumah pada waktu saya cuti,tidak perlu risau tentang makan minum saya. Sebab saya sudah biasa untuk mencari jalan ‘menyelamatkan diri’.

Tidak sia-sia pengorbanan mereka menghantar saya bersekolah jauh-jauh .Saya sudah pasti tidak akan menghampakan mereka begitu sahaja.Saya mahu menjadi yang terbaik.Jika bukan terbaik pada pandangan orang lain,biarlah saya menjadi terbaik pada pandangan ayah dan emak saya.

Dan sekarang,saya boleh tersenyum dengan lebar.Mengenangkan diri saya yang degil dan suka memberontak dahulu dan membandingkan dengan saya yang sekarang yang sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri.Dari hari ke hari,saya masih mempertingkatkan diri sendiri.Saya juga manusia,dan manusia itu tidak pernah sempurna. Jika saya telah memulakan kehidupan saya dengan agak baik,dan saya juga mahu mengakhirkan hidup saya ini dengan baik juga.

Lihat,mungkin inilah hikmahnya. Inilah perancangan Allah buat saya. Seseungguhnya hanya Dia perancang yang terbaik.Dia jua yang Maha Mengetahui untuk hamba-hambaNya.

Maha Suci Allah

Setinggi-tinggi pujian hanya layak untuk Allah

Allah Maha Besar