Sunday, February 28, 2010 at 9:16 AM

Berfikir dan Bertindak Ke Arah Kecemerlangan

Berikut dicadangkan kepada semua guru dan anak-anak pelajar SAKTI cara-cara dan tindakan untuk mencapai kecemerlang

Bersikap positif

  • Buangkan sikap negatif

malaslah, lecehlah, mengantuklah, streslah

releks/selesa

  • Sedia berubah ke arah lebih berdaya maju – ‘do something different. no change no progress’.

Air Asia - dulu ambil gambar kapal terbang masuk ke dalam bingkai, sekarang ‘everyone can fly’

Nak menjadi juara kena nampak (melalui imaginasi) apa yang orang lain tidak nampak

  • Orang bijak menunjuk pandai bukan menunjuk karenah.
  • Ular tidak akan membesar dan berbisa jika tidak bersalin kulit

Akhlak yang cemerlang

  • Akhlak yang baik dan cemerlang mestilah dibaluti dengan kesantunan
  • Yang tua dihormati yang muda disayangi
  • Bersikap tawaduk dan ikhlas
  • Seorang ketua diketuakan. ‘Adanya serupa adanya’ bukan ‘adanya serupa tiadanya’.

Persepsi pelajar terhadap belajar . Adakah dianggap

  • Belajar sebagai hanya satu tugas?
  • Belajar sebagai hanya sebagai satu aktiviti?
  • Belajar sebagai hanya sebagai satu tanggungjawab? atau
  • Belajar sebagai amanah? atau
  • Belajar sebagai satu ibadah yang perlu dilakukan dengan penuh khusuk dan tawaduk. Fikir-fikirkan.

Pengiktirafan terhadap rakan guru dan anak pelajar. Dalam hidup bermasyarakat di SAKTI sewajarnya kita sentiasa bertindak memberi pengiktirafan terhadap rakan guru dan anak pelajar dengan:

  • memenangi hati dan perasaan
  • dekat di mata dekat di hati
  • lekat di mata lekat di hati bukan sebaliknya.

One Step Ahead. Dalam apa jua tindak laku kenalah seperti pantun lama

Renda elok berkajang kain

Bunga telipuk ambar kasturi

Kerja esok siap kelmarin

Itu petunjuk kualiti diri

Hendak kecapi kejayaan? Amalkan

  • Budaya kerja baru
  • Berorientasikan hasil bukan beri alasan atau menyalahkan orang lain
  • Hasil – result yang positif, good result yang tunjuk peningkatan
  • Berorientasikan kereativiti dan inovasi
  • Focus and achieve your target
  • Gunakan kekuatan yang ada untuk atasi kelemahan
  • Look at the positive side

Tagline sekolah

  • Pecahkan kepompong jadilah kekupu, pecahkan ruyung nikmatilah sagu
  • Hendak seribu daya, mahu beribu usaha

Awas

  • Hidup seperti mengupas bawang – nak dapat bawang yang baik kenalah kupas hingga menangis.
  • Jauhi sindrom titanic

ada orang puas hati kerana berada di atas tapi ironisnya ada orang puas hati sedangkan mereka sentiasa berada di bawah.

the greatest enemy excellence is good (musuh ketat bagi terbaik adalah baik)

  • Amat-amatilah pantun 6 kerat ini

Penakik pisau seraut

Ambil galah batang lintabung

Keduduk jadikan nyiru

Setitik jadikan laut

Sekepal jadikan gunung

Alam terrbentang jadikan guru


at 4:25 AM
Tugas Berat Jadikan Anak Berjiwa Besar

Renungan buat seorang ayah

Petikan Oleh Abd Razak Hussin

Ketika saya mencetak tugasan saya di Business Center, Hotel Grand Preanger Bandung baru-baru ini, turut tercetak ialah sekeping catatan. Saya membacanya dengan perlahan. Rupa-rupanya catatan itu adalah terjemahan doa seorang ayah terhadap anaknya. Barangkali catatan asalnya dalam bahasa Inggeris.

Pada catatan itu terakam doa Jeneral Douglas Mc Arthur. Dalam pencarian saya menerusi sumber siber, beliau ialah seorang panglima perang Amerika Syarikat (AS) yang terkemuka, terutama ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Saya tidak dapat mengesahkan sejauh mana benarnya doa terbabit yang dikatakan ditulis oleh Jeneral Mc Arthur yang meninggal dunia pada 1964 pada usia 84 tahun. Namun buat saya, doa itu sekiranya dibaca oleh semua ayah, pastinya itulah juga harapan terhadap anak mereka, termasuk diri saya sendiri.

Mc Arthur memulakan doanya dengan menyebutkan, “Tuhanku, bentuklah anakku menjadi manusia yang cukup kuat untuk mengetahui kelemahannya, berani menghadapi dirinya sendiri pada saat ketakutan, manusia yang bangga dan tabah dalam kekalahan, tetap jujur dan rendah hati dalam kemenangan”.

Saya berasakan suatu keseimbangan dalam doa yang dizahirkan, lambang seorang ayah yang realistik dan tiada kerakusan terhadap apa saja yang boleh diperkenankan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Pada zaman yang penuh cabaran dan persaingan, Mc Arthur berdoa lagi, “Tuhanku, bentuklah anakku menjadi insan yang berusaha memunculkan cita-citanya dan tidak tenggelam dalam angan-angannya saja. Seorang anak yang sedar bahawa mengenal Engkau dan dirinya sendiri adalah landasan segala ilmu pengetahuan”.

Dalam rayuan ini, saya kira Mc Arthur sangat sedar bahawa mengenal Pencipta dan diri sendiri adalah asas utama yang akan menemukan kita dengan ilmu hakikat yang sememangnya berasal daripada Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Agung-Nya.

Untuk memastikan anaknya memiliki daya tahan yang ampuh, tangkas dan bingkas dalam menghadapi ranjau kehidupan, Mc Arthur berdoa lagi, “Janganlah pimpin anakku di jalan yang mudah dan lunak, tetapi tuntunlah dia di jalan yang penuh hambatan dan godaan, kesulitan dan cabaran. Biarkan anakku belajar untuk tetap berdiri di tengah badai dan sentiasa belajar untuk mengasihi mereka yang tidak berdaya. Ajarilah dia berhati tulus dan bercita-cita tinggi, sanggup memimpin dirinya, sebelum mempunyai kesempatan untuk memimpin orang lain.”

Terlihat dalam ungkapan ini, beliau inginkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan tidak mementingkan diri sendiri, seorang yang ikhlas dan berupaya memimpin diri terlebih dulu, kerana ketrampilan inilah yang paling sukar untuk dibentuk dan dimiliki.

Manusia sering kali boleh berlagak pemimpin besar di hadapan pengikut, tetapi sering kali kecundang dan kerdil kepada runtunan hawa nafsu sendiri apabila bersendirian dan berada jauh daripada lingkungan pengikutnya.

Mc Arthur sentiasa menginginkan anaknya menjadi seorang yang adil dengan memberi keseimbangan dalam dua aspek yang bertentangan seperti diungkapkannya, “Berikanlah hamba seorang anak yang mengerti makna ketawa dan gembira tanpa melupakan erti tangis dan nestapa. Seorang anak yang mencipta masa depan yang cerah, namun tidak pernah melupakan masa lampau yang suram”.

Akhir sekali Mc Arthur merayu dalam doanya, “Tuhanku, berilah ia kerendahan hati… agar ia insaf akan kesederhanaan dan keagungan yang hakiki, pada sumber kearifan, kelemahlembutan dan kekuatan yang sempurna. Wahai Tuhan, pada akhirnya, apabila semua itu Engkau kabulkan, hamba… ayahnya, dengan puas membisikkan pada-Mu, “Hidupku ini, tidaklah sia-sia”.

Daripada keseluruhan doa itu, saya percaya, siapa dan apapun watak seorang ayah, pastinya kita menginginkan seorang anak yang sempurna seperti digambarkan oleh Mc Arthur. Seorang yang mengenal diri, mengenal Tuhannya, tabah, jujur, merendah diri, cekal menghadapi cabaran dan persaingan, menjadi pemimpin yang berintegriti, mengotakan apa yang dikata, bukan ‘cakap tidak serupa bikin’, dilingkungi kehidupan yang gembira, tetapi tidak pernah melupakan kedukaan dan kesukaran hidup orang lain, selain seorang yang mengerti memberi makna kepada sejarah sebagai asas kepada pembinaan masa depan yang gemilang.

Saya juga percaya, seandainya seluruh kesempurnaan ini terbentuk kepada anak-anak kita, seperti Mc Arthur, kitalah seorang ayah yang paling bahagia dan berasakan hidup ini sesuatu yang sangat sempurna.

Namun, suatu hakikat yang pasti, tidak semua yang kita impi dan doakan, Tuhan akan memenuhinya. Banyak pembolehubah (variable) yang menentukan corak dan pola anak kita. Tuhan memerintahkan kita berusaha, berikhtiar dan berdoa. Segala-galanya adalah dugaan dan cabaran terhadap iman dan jati diri kita sendiri.

Dari satu sisi, saya percaya, catatan doa Jeneral Douglas Mc Arthur mengetuk pintu hati dan sanubari kita semua dalam hubungan kita dengan anak yang cabaran sedang mereka hadapi kadangkala lebih sangat menduga dan kejam berbanding yang pernah kita alami.

Penulis ialah Ketua Pejabat Perhubungan Awam dan korporat UKM