| KELEBIHAN BULAN RAMADHAN Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya : 1. Daripada Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei. 2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi 3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya : "Sesiapa yang mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu." Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi 4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Solat yang difardukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). |
|
0
comments
|
Kisah Penjual Tempe
ASSALAMUALAIKUM. ..
Sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allah swt...amin
Kisah Penjual Tempe semoga menjadi iktibar.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar tempe yang diperbuatnya daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi - separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain.Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi-Nya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua belah tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepada-Mu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan diapun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka diapun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku . Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan..
|
0
comments
|
BAYANGKAN KARANGAN MURID TAHUN 4
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu..
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
-----------------------------
TOLONGGGG….LA AJAR ANAK2 KORANG MCAMANA NAK BUAT KARANGAN TERBAIK MCM NI…
Regards,
Norzila Nayan
|
2
comments
|
Keikhlasanku
Para guru dan para pelajar yang dingati,
Pembinaan Jati diri Pelajar
Sekolah merupakan premis semaian bagi pembinaan generasi akan datang. Pembinaan generasi yang subur nilai kemanusiaannya. Jurubina atau arkitek nilai tersebut adalah para guru. Pelajar yang subur nilai kemanusiaannya pula dapat menyuburkan apa sahaja yang disentuhinya. Mentransformasikan nature menjadi budaya sehingga wujud kehidupan belajar yang berbudaya dan sejahtera. Pendek kata apa yang ditanam itulah hasil yang akan dituai.
Maka itu kepelbagaian teknik dan pendekatan sama ada dalam pengajaran atau dalam menangani masalah disiplin pelajar adalah usaha ke arah menghasilkan anak-anak pelajar yang mempunyai nilai dan jati diri yang diterima oleh masyarakat. Mereka yang mempunyai jati diri akan berupaya memandu diri ke arah pencapaian matlamat iaitu berjaya di dunia dan selamat di akhirat. Ibarat ikan yang hidup di laut, ia tidak akan terpengaruh kepada air yang masin. Manusia yang kaya nilai berupaya mengayakan orang lain.Kepelbagaian pendekatan ini boleh merawat masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan merupakan instrumen yang boleh diguna pakai dalam mematangkan pembinaan jati diri tersebut.
Proses Pembelajaran
Dalam proses pembelajaran, yang penting ialah sejauh mana dan sebanyak mana para pelajar dapat belajar; bukan sejauh mana dan sebanyak mana guru dapat mengajar. Banyak mana pengajaran yang diperolehi dan difahami itulah sebenarnya penentu keberkesanan pengajaran guru. Justeru, sebagai pelajar kita perlu melihat semula sejauh mana dan sebanyak mana kita telah dapat belajar. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, para pelajar perlu kepada minda terbuka untuk menerima segala bentuk ajaran, nasihat dan teguran daripada guru.
Kemenjadian Pelajar
Kemenjadian pelajar SAKTI dalam pencapaian akademik ditandai dengan banyaknya anda mendapat A dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Maka itu jangan sampai anda lupa untuk menghasilkan semua A dalam setiap pencapaian akademik anda khususnya pelajar PMR dan SPM. Setiap satu A yang anda perolehi, anda sebenarnya telah menyumbang kepada pencapaian Gred Purata Keseluruhan (GPK) yang lebih baik untuk sekolah. Pencapaian GPK yang lebih baik untuk sekolah ini akan memberi wajah baru bagi SAKTI yang kita kasihi.
Memberi Wajah Baru SAKTI
Dalam konteks memberi wajah baru kepada SAKTI setiap seorang daripada pelajar kena bertindak secara proaktif dengan :
- Sentiasa berlumba-lumba mendahulu diri dalam setiap perbuatan dan amalan.sepanjang bersekolah di SAKTI
- Sentiasa bersedia menjadi ”gelas yang kosong” yang boleh menerima nasihat serta teguran.
- Sentiasa memberi fokus sewaktu guru mengajar
- Sentiasa selalu bertanya jika tidak faham pengajaran guru
- Sanggup menempuh segala bentuk cabaran dan kesukaran
- Padamkan segala masalah yang bersifat titik bengik
- Sentiasa mengelak daripada melakukan kesalahan
- Sentiasa bersedia bersama-sama dan mementingkan semangat kekitaan
- Sentiasa sedia untuk berubah ke arah yang lebih baik
- Selalu mendepani kejayaan dalam setiap aspek
Memartabatkan SAKTI
Walaupun kita mempunyai kepelbagaian dari segi cita rasa dan tindakan, tetapi saya yakin kita mempunyai satu tujuan yang boleh dikongsi bersama. ”Diversity in Unity”. Tujuan kita hanya satu ”Memartabatkan SAKTI Di Kedudukan Nombor 5 Di Persada SBP”. Setiap seorang daripada kita – Pengetua, Penolong-Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, para guru, staf sokongan dan semua pelajar mempunyai saham yang sama dalam menjayakannya. Ingatlah dalam konteks mencapai kejayaan kita kena sentiasa berbaik sangka walau dengan siapa sekalipun juga sentiasa berusaha ingat mengingat bukan salah menyalah antara satu sama lain.
Watak Seorang Guru
Kepada semua guru ingatlah ke mana sekalipun kita pergi dan di mana sekalipun kita berada jangan lupa kita adalah guru. Maka jagalah jati diri dan martabat profesion kita sebagai seorang guru. Setiap seorang daripada kita mestilah sentiada cekap dan sentiasa cukup bersedia apabila mengajar. Orang yang cekap akan datang dalam keadaan cukup bersedia bagi menghadapi apa jua keadaan yang mungkin timbul. Kita kena percaya dan yakin setiap seorang pelajar di SAKTI mempunyai kemampuan untuk berjaya. Jika kita tidak percaya pelajar kita mempunyai kemampuan untuk belajar, sehingga bilapun SAKTI tidak akan bertukar wajah. Sesungguhnya “Teachers can make a difference” (
Hubungan Guru dengan Pelajar
Hubungan yang baik antara guru dan anak-anak pelajar mestilah bersifat manusiawi yang penuh dengan kasih sayang, toleransi, penghargaan, pujian juga kesaksamaan. Kata-kata berikut elok direnungkan:
Anak-anak yang belajar dari kehidupannya
Jika seorang anak hidup dengan bidasan, dia belajar untuk mengutuk.
Jika seorang anak hidup dengan permusuhan, dia belajar untuk bergaduh.
Jika seorang anak hidup dengan cemuhan, dia belajar untuk ragu.
Jika seorang anak hidup dengan aib, dia belajar untuk merasa bersalah.
Jika seorang anak hidup dengan toleransi, dia belajar untuk bersabar.
Jika seorang anak hidup dengan galakan, dia belajar untuk yakin.
Jika seorang anak hidup dengan pujian, dia belajar untuk menghargai
Jika seorang anak hidup dengan kesaksamaan, dia belajar untuk adil.
Jika seorang anak hidup dengan keselamatan, dia belajar untuk percaya.
Jika seorang anak hidup dengan persetujuan, dia belajar untuk menyukai diri.
Jika seorang anak hidup dengan penerimaan dan persahabatan, dia belajar untuk menemui kasih sayang di dunia ini.
To all of you - 1, 4, 3
Ayahanda Pengetua SAKTI
|
0
comments
|
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor -faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.
Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber -IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.
Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia -sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata -mata'study hard'.
Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6 -8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.
Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.
Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda. Ada ketikanya andabersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola pada waktu petang secara berlebih -lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan. Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul.
Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi. Ada pula sesetengah pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko -kurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko -kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar.
Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko -kurikulum anda
cemerlang sedangkan SPM anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan atau olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang. Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk pada malamnya.
Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh -pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya. Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tidak! Oleh itu minat timbul apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran. Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari. Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku -buku pelajaran:
- Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca.
- Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca.
- Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.
- Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk lain.
- Rajah-rajah.
- Jadual.
- Carta.
- Peta.
- Baca perenggan bahagian pendahuluannya.
- Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.
- Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.
- Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.
- Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Di mana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda.
- Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak. Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi. Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta -fakta penting yang anda ketahui. Cuba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.
Pesanan ayahanda Pengetua : Anda pelajar yang hebat. Tunjukkan kehebatan anda. Buktikan anda berupaya memperolehi pencapaian terbilang (A) dalam setiap keputusan peperiksaan anda.
|
0
comments
|
Peta Minda Pelajar Cemerlang
|
0
comments
|
I am looking For a Teacher
I am looking for a teacherWho is beautiful inside
Honest with the students
Giving them a sense of pride
I am looking for a teacher
With a healthy self esteem
Who clearly states the rules
And doesn’t have to scream
I am looking for a teacher
Who creatively prepares
But Whose first priority
Is to convey that she cares
I am looking for a teacher
Who is interested, not aloof
Who treat her students with respect
Even when they goof
I am looking for a teacher
Who knows how to laugh and smile
Who enjoys what she’s doing
And goes the extra miles
I am looking for a teacher
Who believes all students can learn
Who praises their efforts and talents
They give their best return
I am looking for a teacher
Who communicates with parents well
Gently and carefully selecting words
When there’s problem to tell
I am looking for a teacher
Who will fill a child with desire
To love to learn more every day
With curiosity that won’t tire
I am looking for a teacher
Who encourages children to have a dream
To work at solving problems
Building their self esteem
There are some teachers out there
The kind I am looking for
For their student’s success
They have opened the door
|
1 comments
|