BERITA SANA SINI DI MOZAC

Wednesday, September 12, 2012 at 1:14 AM
KURSUS FREZI telah dikendalikan oleh Encik Razak Ibrahim dari USM Pulau Pinang.


Tahniah kepada pemenang dan guru yang telah memenangi pingat perak di Pertandingan Saintis Muda Asia Pacific Kalimantan Indonesia.

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

at 12:56 AM
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgn4JkYfWCTOuLgG4HJb-jmNXQJV3g3N0Lgg3F33HnMUNVmN-lLeHEeIzQZaqRe8TrZYbc6BhufvX4OxUIdsuUVjeGYTdGbgO11GDrI-COhjxfGZqyQuzqU9Z7okLXIcOCKOl7uTUdAItd9/s400/mozac+raya+10x3.jpgTerima kasih kepada Tn. Hj. Roslan bin Nong, YDP dan AJK PIBG MOZAC kerana berusaha meraikan semua pelajar, Guru-Guru dan Staf Sokongan sekolah dengan jamuan hari raya.Yang pasti semua pihak berasa gembira kerana jamuan serupa ini pertama kali diadakan oleh PIBG. Mudah2an jamuan serupa ini menjadi antara aktiviti rutin PIBG pada tahun-tahun mendatang. Mudah2an Allah membalas jasa baik tuan.
Sunday, August 5, 2012 at 7:11 AM
Di bawah ini di senaraikan 50 sifat dan tanda-tanda orang munafik menurut al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W untuk peringatan bersama,di antaranya ialah :
1. Malas beribadah kepada Allah.
2. Lupakan kepada Allah.
3. Lalaikan solat fardu.
4. Mempercepatkan mengerjakan solat sunat dari wajib.
5. Gemar meninggalkan solat berjamaah.
6. Meninggalkan solat Jumaat.
7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.
8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan.
10. Mengamalkan riak.
11. Hasad dengki.
12. Dusta.
13. Mungkir janji.
14. Bakhil.
15. Fitnah.
16. Mencaci maki.
17. Mengumpat.
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.
19. Mengingkari takdir Allah.
20. Mempersendakan kesucian Agama.
21. Enggan berjihad pada jalan Allah.
22. Menghina sahabat Rasulullah.
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.
24. Menangguhkan pembayaran hutang.
25. Menipu dalam jual beli.
26. Ghasab(Mengambil tanah orang lain tanpa hak).
27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokkan ayat Allah.
28. Memakan harta anak yatim.
29. Membuka rahsia orang lain.
30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.
31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.
32. Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.
33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.
34. Bermuka dua (talam dua muka).
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.
36. Sombong antara sesama manusia.
37. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim.
38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah.
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah.
42. Mengkhianati sesuatu amanah.
43. Memutuskan hubungan silaturrahim.
44. Memecah belahkan perpaduan kaum Muslimin.
45. Menghalalkan perkara yang haram.
46. Membuat kerosakan di muka bumi.
47. Menuduh orang beriman bodoh.
48. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah.
49. Bersumpah dengan selain nama Allah.
50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.
Friday, June 29, 2012 at 2:07 AM
Saturday, June 9, 2012 at 6:19 AM

10 Nasihat Imam Hassan Al Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah mengerjakan solat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah(taaruf) dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
at 2:39 AM
at 2:37 AM