Kisah Seekor Helang
Wednesday, July 14, 2010
at
5:38 AM
| Posted by
HJ. HASSAN BIN TOPIT
Burung helang (Bald Eagle) merupakan seekor burung yang amat dikenali kerana kegagahannya. Kehebatannya menangkap mangsa dan ketajaman penglihatannya amat mengkagumkan manusia. Ia selalu menjadi simbol kegagahan dan keunggulan. Namun ramai yang tidak tahu bahawa untuk kekal gagah burung helang harus menghadapi fasa perubahan. Fasa ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal burung tersebut untuk menjalani proses pemulihan.
Burung helang merupakan seekor burung yang mempunyai jangka hayat paling lama. Ia mampu hidup hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun. Ketika ini seekor helang akan dilanda dilema sama ada untuk meneruskan kehidupannya atau menghadapi saat kematian.
Ketika helang ini mencecah usia 40 tahun, fizikalnya akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan mengehadkan pergerakan terbangnya. Saat ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, sama ada untuk menjalani proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat kematiannya. Dilema ini yang pastinya mengegarkan jiwa bukan sahaja pada burung helang tetapi juga kepada kita sebagai manusia.
Proses pemulihan itu mengkehendaki sang helang tadi terbang ke puncak gunung dan berehat di sarangnya. Di atas puncak gunung itu sang helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke batu sehingga paruh tersebut tercabut. Sang helang tadi harus menunggu paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon) atau kerana ia hanya boleh dicabut dengan menggunakan paruh baru yang kuat. Bayangkan kesakitan yang harus ditanggung oleh sang helang demi untuk meneruskan kehidupannya. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh pemulihan ini sang helang tadi juga tidak mampu makan. Hanya kecekalan, keyakinan dan semangat yang betul-betul kuat mampu mengatasi segala tekanan.
Sang helang yang gagah bagaimanapun terpaksa menunggu hingga kuku yang baru tumbuh. Setelah itu, proses terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah perubahan. Kini setelah 5 bulan sang helang mampu berbangga. Sang helang meraikan kemenangannya dengan memulakan penerbangan pertamanya. Sang helang merasakan seolah-olah ia telah dilahirkan semula (rebirth) dan ganjaran yang diperolehi daripada kesengsaraan yang dilalui adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi dengan kemegahan.
Sang helang kini bebas terbang di udara dengan kebanggaan, keunggulan dan kehebatan yang nyata. Ia berhak merasa megah sambil melayang di udara.
Kisah ini seharusnya diteladani oleh manusia, demi mencapai sebuah kejayaan. Dalam meneruskan kehidupan kita mesti melalui fasa perubahan. Perubahan harus dimulakan kerana ia tidak mampu terjadi dengan sendiri. Namun berapa ramai daripada kita yang sanggup melakukan perubahan tersebut.
Manusia rata-ratanya amat takut pada perubahan kerana mereka tahu bahawa mereka akan gagal sebelum proses tersebut berakhir. Penangguhan demi penangguhan dilakukan sehingga pada akhirnya tiada apa-apa pun perubahan yang terjadi. Untuk berubah seseorang individu itu perlu memiliki keyakinan yang betul-betul mantap. Ramai yang mampu menulis atau bercakap tentang keyakinan tetapi amat payah untuk melaksanakannya. Kecekalan dan semangat sebagai pendorong atau agen kepada perubahan tersebut.
Ada kalanya kita perlu menyingkirkan kenangan silam yang menghantui kehidupan, habit lama yang tidak membantu kepada perubahan, serta lain-lain kebiasaan atau amalan yang sudah tidak relevan dengan kehidupan kini. Hanya kebebasan daripada bebanan yang lepas membolehkan kita mengambil peluang untuk kejayaan masa hadapan.
Jangan takut pada perubahan yang positif kerana setiap perubahan yang berlaku pasti akan disusuli dengan suatu hasil atau ganjaran yang sangat menguntungkan. Mulakanlah dengan perubahan yang paling kecil iaitu mengubah cara pemikiran anda. Kawal setiap apa yang anda fikirkan. Jangan mudah melatah dengan isu-isu remeh. Berfikirlah dengan cara yang lebih terbuka dan tenang. Hanya pemikiran yang positif mampu menghasilkan ganjaran yang positif. Perubahan cara berfikir merupakan perubahan yang paling utama kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.
Motivasi singkat ini adalah untuk diamalkan selamanya. InsyaAllah. Sentiasa berani untuk berubah. Always think positively and make sure react in a positive way too!
Think Big, Aim for the Sky..... ^_^

|
0
comments
|
Sebuah Sketsa Hati...kalau ayahanda free.. bace la... ..
Thursday, June 10, 2010
at
6:57 AM
| Posted by
HJ. HASSAN BIN TOPIT
|
|
0
comments
|
SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI
Friday, June 4, 2010
at
8:35 PM
| Posted by
HJ. HASSAN BIN TOPIT
CIKGU IBRAHIM OMAR PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI KE-50 TAHUN.
DIDOAKAN PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, SIHAT TUBUH BADAN, LEBIH RAJIN MENJALANKAN TUGAS HARIAN, DAN MUDAH-MUDAHAN SEGERA DINAIKKAN PANGKAT MENJADI PENGETUA.

Lawatan & Program Pengantarabangsaan di SMA 61 Jakarta serta Universiti Indonesia
Sunday, May 30, 2010
at
10:54 AM
| Posted by
HJ. HASSAN BIN TOPIT
|
0
comments
|
Thursday, May 20, 2010
at
8:52 PM
| Posted by
HJ. HASSAN BIN TOPIT
KEPADA SEMUA PELAJAR SAKTI YANG DIINGATI
Selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Jawablah dengan tenang. Semoga semuanya beroleh keputusan yang cemerlang.
Ayahanda Pengetua
|
0
comments
|
Adab dan Kesopanan Belajar Dengan Guru
Saturday, May 15, 2010
at
10:36 AM
| Posted by
HJ. HASSAN BIN TOPIT
Dalam ajaran agama Islam martabat guru adalah amat tinggi. Guru berperanan sebagai pembimbing, pengasuh malah sebagai penasihat. Jika tiada didikan dan asuhan guru maka umat manusia sepanjang masa berada dalam situasi jahiliah lantaran tidak ada ilmu yang boleh dijadikan sebagai panduan dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat memuliakan darjat guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab belajar bersama guru.
Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:
1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.
Dalam penulisan agung “Ihya Ulumddin” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas dan pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi.
Pertama, ‘Mendahulukan kesucian batin daripada kerendahan budi dan sifat-sifat tercela. Kerana ilmu pengetahuan itu adalah kebaktian hati, salat batin dan pendekatan jiwa kepada Allah Taala.’ Bermaksud para pelajar perlu menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan mereka yang jiwanya sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).
Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang dimengertikan sebagai sifat kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.
Kedua, ‘Seseorang pelajar itu hendaklah mengurangkan hubungannya dengan urusan duniawi, menjauhi kaum keluarga dan kampung halaman. Sebab segala hubungan ini mempengaruhi dan memalingkan hati kepada yang lain.’ Maksudnya para pelajar disarankan supaya tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).
Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak berkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke ladang.
Ketiga, ‘Seseorang pelajar itu jangan menyombong dengan ilmunya dan jangan menentang gurunya. Tetapi menyerah seluruhnya kepada guru dengan keyakinan kepada segala nasihatnya sebagaimana seorang sakit yang bodoh yakin kepada doktor yang berpengalaman.’ Maksudnya para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.
Keempat, ‘Seorang pelajar pada tingkat permulaan, hendaklah menjaga diri daripada mendengar pertentangan orang tentang ilmu pengetahuan sama ada yang dipelajarinya itu ilmu keduniaan atau keakhiratan. Kerana yang demikian itu meragukan fikirannya, menghairankan hatinya melemahkan pendapatnya.’ Maksudnya orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secara rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yang mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.
Kelima, ‘Seorang pelajar itu tidak meninggalkan suatu mata pelajaran pun dari ilmu pengetahuan yang terpuji dan tidak satu macam pun dari berbagai macamnya selain pandangan di mana ia memandang kepada maksud dan tujuan dari masing-masing ilmu itu.’ Maksudnya seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya.
Keenam, ‘Seorang pelajar itu tidak memasuki sesuatu bidang dalam ilmu pengetahuan dengan serentak tetapi memelihara tertib dan memulainya dengan yang lebih penting.’ Maksudnya seorang pelajar tidak memaksa dirinya untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai faktor daripada aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti seseorang.
Ketujuh, ‘Bahawa tidak mencempelungkan diri ke dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan sebelum menyempurnakan bidang yang sebelumnya.’ Maksudnya seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahaman manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabang ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan terancang.
Kelapan, ‘Seorang pelajar itu hendaklah mengenal sebab untuk dapat mengetahui ilmu yang termulia.’ Maksudnya seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yang dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepada umat manusia.
Kesembilan, ‘Bahawa tujuan pelajar sekarang ialah menghiasi kebatinannya dan mencantikkannya dengan sifat keutamaan. Dan nanti ialah mendekatkan diri kepada Allah Taala mendaki untuk mendekati alam yang tinggi daripada malaikat dan orang-orang muqarrabin (orang yang mendekatkan dirinya kepada Allah). Dan tidaklah dimaksudkan dengan menuntut ilmu itu, untuk menjadi kepala, untuk memperolehi harta dan kemegahan, untuk melawan orang-orang bodoh dan untuk membanggakan diri dengan teman-teman.’ Maksudnya para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)
Kesepuluh, ‘Bahawa harus diketahui hubungan pengetahuan itu kepada tujuannya supaya pengetahuan yang tinggi dan dekat dengan jiwanya itu membawa pengaruh kepada tujuannya yang masih jauh dan yang penting membawa pengaruh kepada yang tidak penting.’ Maksudnya setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utama untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan di antara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.
Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Ihya Ulumiddin” diharapkan dapat memberi pedoman yang berfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata yang dicurahkan oleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh individu yang bergelar pelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah dan dapat memberi faedah besar kepada umat sejagat.

Subscribe to:
Posts (Atom)