Terima kasih kepada Tn. Hj. Roslan bin Nong, YDP dan AJK PIBG MOZAC kerana berusaha meraikan semua pelajar, Guru-Guru dan Staf Sokongan sekolah dengan jamuan hari raya.Yang pasti semua pihak berasa gembira kerana jamuan serupa ini pertama kali diadakan oleh PIBG. Mudah2an jamuan serupa ini menjadi antara aktiviti rutin PIBG pada tahun-tahun mendatang. Mudah2an Allah membalas jasa baik tuan.JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Terima kasih kepada Tn. Hj. Roslan bin Nong, YDP dan AJK PIBG MOZAC kerana berusaha meraikan semua pelajar, Guru-Guru dan Staf Sokongan sekolah dengan jamuan hari raya.Yang pasti semua pihak berasa gembira kerana jamuan serupa ini pertama kali diadakan oleh PIBG. Mudah2an jamuan serupa ini menjadi antara aktiviti rutin PIBG pada tahun-tahun mendatang. Mudah2an Allah membalas jasa baik tuan.
|
0
comments
|
1. Malas beribadah kepada Allah.
2. Lupakan kepada Allah.
3. Lalaikan solat fardu.
4. Mempercepatkan mengerjakan solat sunat dari wajib.
5. Gemar meninggalkan solat berjamaah.
6. Meninggalkan solat Jumaat.
7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.
8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan.
10. Mengamalkan riak.
11. Hasad dengki.
12. Dusta.
13. Mungkir janji.
14. Bakhil.
15. Fitnah.
16. Mencaci maki.
17. Mengumpat.
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.
19. Mengingkari takdir Allah.
20. Mempersendakan kesucian Agama.
21. Enggan berjihad pada jalan Allah.
22. Menghina sahabat Rasulullah.
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.
24. Menangguhkan pembayaran hutang.
25. Menipu dalam jual beli.
26. Ghasab(Mengambil tanah orang lain tanpa hak).
27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokkan ayat Allah.
28. Memakan harta anak yatim.
29. Membuka rahsia orang lain.
30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.
31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.
32. Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.
33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.
34. Bermuka dua (talam dua muka).
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.
36. Sombong antara sesama manusia.
37. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim.
38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah.
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah.
42. Mengkhianati sesuatu amanah.
43. Memutuskan hubungan silaturrahim.
44. Memecah belahkan perpaduan kaum Muslimin.
45. Menghalalkan perkara yang haram.
46. Membuat kerosakan di muka bumi.
47. Menuduh orang beriman bodoh.
48. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah.
49. Bersumpah dengan selain nama Allah.
50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.
|
0
comments
|
10 Nasihat Imam Hassan Al Banna
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah(taaruf) dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
|
0
comments
|
ANAKLANANG SAKTI : DI SEBALIK SBT
Sekitar kunjungan hormat sebagai tanda terima kasih ke kediaman rasmi 'Mentor'
Hj Hassan bin Topit, bekas Ayahanda Pengetua SAKTI, sempena penganugerahan SAKTI sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Kohrot 3 2012.
Sebaik sahaja melepasi Tol Nilai menuju ke arah Selatan melalui Lebuhraya PLUS fikiran masih lagi berlegar-legar teringat akan majlis yang dihadiri di Putrajaya sebentar tadi. Secara jujur, masih lagi tidak percaya bahawa SM Sains Kota Tinggi menjadi antara 14 sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Kementerian Pelajaran Malaysia , Kohort ke-3, 2012. Berbanding 4 buah sekolah menegah yang turut terpilih, SAKTI antara yang paling ‘muda’. Usianya baharu 16 tahun. Pasti ada sesuatu yang ‘menarik’ sehingga SAKTI mampu meraih anugerah berprestij ini. Tidak mungkin pegawai-pegawai yang hadir melakukan pemantauan membuat penilaian ‘ala kadar’. Anugerah ini melibatkan peruntukan, apatah lagi menjadi sebahagian daripada Program Tranformasi Kerajaan!. Kalau hendak diamat-amati pengiktirafan ini turut melibatkan ‘maruah’. Sudah pasti pemilihannya sangat berhati-hati dan teliti. Malahan, sebagai salah seorang yang diamanahkan untuk melayan kunjungan pegawai-pegawai pemantau, ‘tension’ juga dibuatnya mencari dokumen dan data yang dikehendaki.
Bercakap tentang SBT, ada banyak elemen yang telah menyumbang sehingga SAKTI layak menerima pengiktirafan setinggi itu. Tanpa menafikan peranan yang telah dimainkan oleh pengetua-pengetua terdahulu, siapapun boleh menjangka bahawa ada individu pengetua yang hebat telah menjadi catalyst atau nakhodanya. Individu ini pasti memiliki ciri-ciri kepimpinan yang dinamis dan berkesan sehingga mampu menyuntik keyakinan serta meyatukan hasrat seluruh warga SAKTI agar mampu berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan SBP yang lebih berdaya maju sama ada dalam pengurusan, akademik, sahsiah atau kokurikulum. Menyedari bahawa kerbau seratus dapat digembalakan, manusia seorang tidak terkawal maka beliau memperkenalkan Model 1 Sakti sebagai salah satu cara untuk memantapkan gerakan ke arah hala tuju mencapai Visi dan Misi yang telah sama-sama dipersetujui. Perlu diakui bahawa idea seumpama ini hanya dilakukan oleh pemimpin yang memiliki matlamat jelas untuk melakukan perubahan. Sebenarnya, perkongsian hasrat dan cita-cita inilah yang menjadi nadi keberkesanan pengurusan dan kebersamaan warga SAKTI.
Dalam masa yang sama, ketekalan dan ketegasannya dalam aspek pemantauan turut diambil kira dalam menilai keberkesanan kepimpinan individu ini. Sebut apa saja program, aktiviti mahupun peristiwa yang berlaku di sekolah dan asrama sama ada kecil ataupun besar, semua dibawah pengetahuannya. Tidak bermakna beliau seorang autokratik, jauh sekali bersifat didaktor dalam pengurusannya! Beliau sekadar mahu memastikan perjalanan sekolah tidak tergelincir lalu tersasar dari matlamat asalnya. Berpegang kepada prinsip jangan sampai kudis menjadi tokak, beliau akan pantas mencari ‘ubat’ sekiranya ada masalah yang boleh menganggu perjalanan warga kerjanya. ‘Ubat’ itulah yang kadang-kadang amat pahit untuk ditelan oleh siapa sahaja yang terlibat. Bukan sedikit guru atau staf yang saban hari terpaksa masuk mengadap untuk memberi penjelasan berkaitan status perjalanan program atau aktiviti yang diamanahkan untuk diuruskannya.Kesanggupan dan keupayaannya membelek setiap inci pagar sekolah pada hari pertama beliau mendaftar di SAKTI , menjadi bukti kesungguhan individu ini dalam memastikan kecemerlangan pengurusan sekolah. Sebagai pembantu yang turut serta dalam ‘misi keliling pagar’ pada hari tersebut, memanglah terasa bisanya!.
Kerja bertangguh tidak menjadi ,kerja beransur tidak bertahan, menjadi satu lagi amalan dalam kepimpinannya. Prinsip kerja ini selalu diterapkan melalui ucapan dan tindakan beliau dalam mengurus sekolah. Memaparkan dapatan pemantauan menggunakan lensa kemara digitalnya seolah-olah menjadi satu agenda wajib dalam mesyuarat pengurusan saban minggu. Tujuannya supaya segala masalah dapat dilihat, dikongsi seterusnya membuat tindakan susulan secara kolektif dalam kalangan barisan kepimpinan sekolah. Secara tidak langsung nilai kebersamaan dalam kalangan warga SAKTI dapat diperkukuh. Ibarat kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. Dalam masa yang sama, kualiti hasil kerja turut dititikberatkan. Biarpun agak ‘rimas’ untuk dituruti pada peringkat awal, akhirnya seluruh warga SAKTI akur dengan budaya kerja yang murni ini, sepahit-pahit peria, dimakan juga. Kesudahannya, guru-guru dapat memberi fokus yang lebih terhadap tugas utamanya di kelas, tanpa terbeban dengan timbunan kerja yang tidak terurus. Hal ini turut melatih warga SAKTI agar melaksanakan tugas secara terancang dan sistematik serta bijak mendahulukan apa yang memang patut diutamakan dalam setiap pengurusan kerja.
Keberkesanan sesuatu kerja tidak harus bergantung sepenuhnya kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan sama ada melalui lisan atau tulisan. Sebenarnya, meletakkan diri agar menjadi contoh dan ikutan orang bawahan sudah memadai. Namun, hal ini bukan suatu kerja yang mudah bagi seorang pemimpin. Perlu ada Istiqamah agar tidak diperkata, umpama ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Lihat saja garaj kereta pada awal pagi. Sukar untuk menafikan hakikat bahawa beliaulah antara orang yang paling awal hadir ke sekolah. Keadaan ini mengakibatkan guru- guru terasa tercabar dan ‘segan silu’ untuk meletakkan kenderaan selepas kehadirannya. Akhirnya, kebiasaan ini menjadi budaya yang turut membantu kelancaran urusan harian guru dan staf dalam membantu mengurus perubahan di SAKTI.
Menyedari bahawa kecemerlangan akademik menjadi agenda utama di SBP, individu ini tidak pernah berasa berpuas hati dengan pencapaian SAKTI dalam peperiksaan PMR dan SPM. Maka, seluruh usaha telah digembelingkan bersama bagi memastikan SAKTI sentiasa berada pada kedudukan yang boleh mencabar sekolah-sekolah SBP yang lain. Pelbagai cara diteroka , pelbagai kaedah sentiasa dicuba bagi memastikam SAKTI memiliki momentum untuk bersaing. Tanpa bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebenarnya pada zamannyalah SAKTI berjaya memecahkan ‘kebuntuan’ untuk memperoleh GPS di bawah 2.0 dalam peperiksaan SPM. GPS 1.73 (2009) dan 1.95 (2010) menjadi bukti kehebatan beliau. Pada saat ini SAKTI masih menunggu dengan penuh debar keputusan SPM 2011. Manakala, rekod pencapaian terbaik PMR sepanjang penubuhan SAKTI turut tercatat semasa SAKTI di bawah empayar kepimpinannya. Dengan 71% calon PMR SAKTI memperoleh 8A (2010) anak-anak PMR pada ketika itu telah melakukan lonjakkan saujana berbanding dengan tahun sebelumnya yang sekadar mencatat 50.7 % (2009). Biarpun pada tahun 2011 cacatannya merosot sebanyak 0.01%, namun masih boleh dibanggakan.
Apapun yang difikirkan, SAKTI kini telahpun menerima pengiktirafan dari kerajaan melalui Kementerian Pelajaran. Segala penat lelah, kesungguhan, pengorbanan dan usaha warga sekolah dari guru, pelajar, PIBG termasuklah pekerja-pekerja swasta telah diperakui. Sehinggakan,ganjaran RM700,000.00 yang diberi oleh KPM untuk membiayai program dan aktiviti meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah menjadi agak kecil nilainya jika dibandingkan dengan pengiktirafan sebagai SBT. Pengiktirafan ini menyedarkan warga SAKTI, bahawa semuanya memiliki kemampuan untuk berjaya. Selalu memikirkan kelemahan dan ketidakmampuan diri merupakan tindakan yang kurang bijak. Kata orang, selembap-lembap puntung di dapur, ditiup menyala jua. Selepas ini warga SAKTI pasti bersatu, sepakat kita kuat, berpecah kita rebah. Tanpa disedari Honda City yang dipandu melepasi Tol Ayer Keroh Melaka. Hasrat untuk bertemu dengan Ayahanda Tn Hj Hassan bin Topit, catalyst SAKTI yang kini bertugas di MOCIZ harap-harap kesampaian. Kami ingin berkongsi kegembiraan dengan pengiktirafan ini.
Burung kedidi menangkap ikan
Anak helang bermain di taman
Secankir budi tuan hulurkan
Dahaga hilang sepanjang zaman
|
0
comments
|