Labbaikallahhummalabbaik

Tuesday, March 19, 2013 at 9:05 AM
         Seruan mengerjakan umrah.






















In-syaa-Allah barang diizinkan Allah,  saya, isteri dan anak Ezza Farhana akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah pada 21 Mac 2013.Doakanlah perjalanan saya ke sana dalam rahmat dan lindungan Allah jua.
Saturday, October 13, 2012 at 5:25 AM

RM3j bina asrama baharu SMS Muzaffar Shah


MOHD. Ali Rustam melihat pelan pembinaan asrama baharu SMS Muzafar Shah selepas majlis pecah tanah projek berkenaan di Melaka, semalam.
MELAKA 12 Okt. - Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.7 juta bagi projek pembinaan asrama tambahan Sekolah Menengah Sains (SMS) Muzaffar Shah di sini bagi menampung kira-kira 100 pelajar.
Pembinaan asrama dua tingkat berkeluasan 48 meter kali 14 meter atau 672 meter persegi itu dijangka akan dimulakan pada 23 Oktober ini dan dijangka siap pada 12 Disember tahun depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pertambahan asrama itu adalah bagi menampung bilangan pelajar cemerlang yang memohon ke sekolah itu.
"Jumlah pelajar di sekolah ini setakat ini adalah seramai 681 orang dan dengan pertambahan asrama itu kita jangka dapat menampung hampir 800 pelajar.
"Jika ada mana-mana pihak iaitu badan korporat yang hendak menyumbang, kerajaan negeri amat mengalu-alukan bagi membolehkan pembinaan sebuah lagi asrama di sekolah ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar kepada 900 orang pada masa akan datang.
"Ini berikutan prestasi cemerlang pelajar-pelajar sekolah ini yang sering membawa nama sekolah di tangga pertama dalam peperiksaan di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah pembinaan projek asrama baru sekolah itu di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran, Rosland Hussein; Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Abdul Mutalib Osman dan Pengetua sekolah itu, Hassan Topit.
Dalam pada itu, kata Mohd. Ali, setakat ini, Melaka hanya mempunyai dua buah sekolah berasrama penuh iaitu di Melaka Tengah dan Jasin.
Oleh itu, bagi menampung kekurangan tersebut, pihaknya mengharapkan Kementerian Pelajaran menimbangkan pembinaan sebuah lagi sekolah asrama di negeri itu iaitu di Alor Gajah.
Sementara itu, Hassan berkata, pihaknya berbesar hati dengan pembinaan asrama baru tersebut yang dijangka dapat digunakan menjelang awal 2014.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121013/ws_02/RM3j-bina-asrama-baharu-SMS-Muzaffar-Shah#ixzz29BGE5pF5
© Utusan Melayu (M) Bhd

TIP-TIP KEJAYAAN

Friday, October 5, 2012 at 9:14 PM

TIPS TO SUCCESS...!

  • Believe in yourself
  • Take the challenge
  • Think of the future
  • Learn from your mistakes
  • Aim for the stars
  • Be the best
  • Never give up
  • Think big
  • Be a champion
  • Be brave
  • Work smart
  • tawakkal