Friday, November 4, 2011 at 10:31 PM


Gurindam 12

Ini gurindam pasal yang pertama:

Gurindam 1

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.

Gurindam II

Ini gurindam pasal yang kedua:

Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

Gurindam III

Ini gurindam pasal yang ketiga:

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara lidah,
niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjaian yang membawa rugi.

Gurindam IV

Ini gurindam pasal yang keempat:

Hail kerajaan di daiam tubuh,
jikalau lalim segala anggotapun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur2.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.

Gurindam V

Ini gurindam pasal yang kelima:

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Gurindam VI

Ini gurindam pasal yang keenam:

Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh dimenyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,

Gurindam VII

Ini Gurindam pasal yang ketujuh:

Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah landa hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
I'ika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

Gurindam VIII

Ini gurindam pasal yang kedelapan:

Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syarik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebalikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.

Gurindam IX

Ini gurindam pasal yang kesembilan:

Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.

Gurindam X

Ini gurindam pasal yang kesepuluh:

Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.

Gurindam XI

Ini gurindam pasal yang kesebelas:

Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.

Gurindam XII

Ini gurindam pasal yang kedua belas:

Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.

SAKTI DAN BANDAR PENAWAR DARI UDARA

Thursday, August 18, 2011 at 12:30 AM





























Sukar bangun Subuh? Ini tipsnya

Wednesday, June 1, 2011 at 8:20 PM
Oleh Ust Zuridan Al-Teminie

Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendukung perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di masjid.

Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam sama ada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW pada awal pagi. Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja pada awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat. Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga pada siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah umatku pada waktu paginya”. Hadis riwayat Ahmad
Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun awal pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu.
Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:
1) Tidur awal:
Menjadi kebiasan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim. Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaiakan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh”.
Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.
2) Memelihara adab tidur:
Kunci kedua untuk mudah bangun pada waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur pada waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian disapu ke seluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun pada awal pagi atau menyediakan jam loceng. Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal pada waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentias dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.
Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.
3) Memenuhkan dada dengan Iman dan ‘amal soleh:
Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.
4) Menjauhi perbuatan maksiat:
Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, sama ada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.
5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid
Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.
Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur pada malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ
Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.
Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan mereka yang bangun solat Subuh pada awal pagi.
Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.
6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.
Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan pada waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwuduk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.
Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.
Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:
((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))
Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.
Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut. Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka.
Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal.
7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.
Kehadiran diri ke Masjid pada waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda:
((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))
Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim.
Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.
Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.
Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah pada waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.
Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala pada waktu pagi.

Tuesday, May 31, 2011 at 10:09 PM
Kepada semua guru yang dihormati dan semua pelajar SAKTI yang dikasihi. Selamat Bercuti. Gunakan masa cuti dengan kegiatan yang memberi faedah. Kepada pelajar tkn 3 dan 5 gunakan masa cuti untuk mengulangkaji pelajaran demi persediaan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada akhir tahun 2011 nanti. Jangan lupa untuk program COMEBACK.
at 10:06 PM
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu “Janganlah kamu membenarkan atau menyalahkan apa yang kamu tidak tahu!”
Friday, March 11, 2011 at 9:16 PM

PETIKAN PENDAPAT

KETUA KITA PEMIMPIN KITA

Sejak saya menjadi penjawat awam sebagai guru sekolah rendah di salah sebuah sekolah daerah Kemaman, Terengganu awal tahun 1988 iaitu SK. Kg. Baharu Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu. Barulah saya tahu rukun dan cara bekerja sebagai kakitangan awam. Ketika itu, Encik Mohd. Zin bin Mohammad sebagai Ketua Jabatan saya yang pertama (Guru Besar saya yang pertama). Sebagai guru baharu ketika itu, saya banyak memerhatikan gaya kepimpinannya. Kepimpinannya hebat dan banyak memberikan panduan bekerja yang baik kepada kakitangan bawahannya. Mungkin juga, sekolah itu baru dibuka pada tahun pertama saya di sekolah itu. Seronok saya mengajar di situ. Di sebuah kawasan felda (KETENGAH) yang baharu. Saya patuh kepada ketua saya. Hari pertama persekolahan hingga guru besar pertama berpindah ke Chukai, Kemaman, saya menjadi guru nombor SATU yang datang awal ke sekolah. Guru besar yang kedua, Encik Abd. Wahid bin Kassim. Guru besar termuda di daerah Kemaman ketika itu. Ketua bermotivasi tinggi. Saya seronok bekerja di bawah beliau. Sedia memberikan kepercayaan untuk menguruskan kurikulum dan kokurikulum. Banyak saya belajar tentang pengendalian peperiksaan UPSR. Saya patuh kepada ketua saya. Saya masih menjadi orang nombor SATU datang awal ke sekolah hingga beliau berpindah ke Paka, Dungun. Encik Ramlan bin Ramli datang mengetuai kepimpinan baharu di sekolah itu. Hebat dalam pengurusan pentadbiran. Banyak saya belajar tentang pengurusan pentadbiran dan kerja-kerja pejabat. Saya patuh kepada ketua saya. Saya juga tetap menjadi orang nombor SATU datang awal ke sekolah hinggalah saya menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Kalau boleh nak selalu datang awal ke bilik kuliah di UPM. Budaya datang awal saya bawa pula apabila mengajar di SMKS, Batu Pahat. Puan Hajah Alimah binti Ghani, telah banyak membimbing saya menjadi guru sekolah menengah yang baik. Telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memimpin Panitia Kesusasteraan Melayu dan mengajar kelas peperiksaan. Banyak menasihati saya agar menjaga kerjaya guru dengan baik dan cemerlang. Saya patuh kepada ketua saya. Saya telah meneruskan gaya bekerja saya untuk menjadi orang nombor SATU datang awal. Saya berjaya memupuk budaya datang awal dalam tempoh yang singkat sahaja. Persaraan Puan Hajah Alimah Ghani diganti oleh Tuan Haji Selamat Mansor. Gaya kepimpinan yang bercorak pengagihan sedikit kuasa kepada guru lain telah memberikan impak yang baik dalam meneruskan kepimpinannya. Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada beliau. Ramai guru yang berjaya dinaikkan pangkat dalam tempoh pentadbiran beliau. Bagi saya, amanah telah diberikan kepada saya untuk memimpin Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Melayu. Malah menjadi Penyelaras Majalah Semarak. Saya patuh kepada ketua saya. Sepanjang kepimpinan beliau juga, saya tetap menjadi orang nombor SATU yang duduk di bilik guru membuat kerja rutin guru. Persaraan Tuan Haji Selamat Mansor telah diganti oleh Puan Hajah Hawa binti Haron. Beliau banyak menurunkan kuasa ke peringkat bawahan untuk menjayakan apa juga bidang akademik, kokurikulum, dan aspek disiplin. Kaedah ini berjaya mewujudkan suasana yang baik dan sentiasa mengekalkan kedudukan selamat. Sepanjang beliau di SMKS, banyak kejayaan tercatat sama ada di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Semasa beliau di sini, tugas dan amanah yang diberikan kepada saya makin berat. Saya patuh kepada ketua saya. Saya masih menjadi orang nombor SATU datang awal di sekolah. Persaraan beliau telah membawa kehadiran sebutir permata ke SMKS. Tuan Haji Hassan bin Topit. Pengalaman yang banyak daripada beberapa buah sekolah menengah Batu Pahat, Johor Bahru, dan Mersing telah dibawa bersama. Daripada sekolah harian biasa hingga sekolah berasrama penuh. Pengalaman terkumpul itu telah dicurahkan sepenuhnya dalam pentadbirannya sebagai Pengetua Cemerlang Pertama SMKS. Saya menjadi pemerhati yang paling rapat dengan gaya kepimpinan beliau. Cukup berbeza dengan apa yang telah dibawa oleh pemimpin sebelum ini. Berkomitmen tinggi, Berprosedur, Berintegriti, Tegas dan Berprinsip, Berilmu, dan Bermaklumat. Mungkin ini sebahagian sahaja pemerhatian yang dapat saya catat. Saya banyak belajar daripada pemerhatian ini. Daripada kehebatan menyampaikan ilmu, maklumat, dan pengalaman kepada kamib di sekolah hingga ke pentas daerah, negeri, dan kebangsaan. Perkongsian ilmu tidak diabaikan. Setiap kali mesyuarat, ada mesej baharu perlu diterjemahkan oleh guru. Terlalu seronok mendapat ketua seperti beliau. Hari ini, saya tidak lagi menjadi pemerhati kepada sikap ketua saya itu, tapi sebahagiannya saya menterjemahkan dalam pengurusan sekolah. Saya patuh kepada ketua saya. Sepanjang beliau di SMKS, saya kekal menjadi orang nombor SATU datang awal ke sekolah hinggalah beliau berpindah ke SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Kami kehilangan santapan jiwa yang pernah dibawa oleh beliau. Tempoh setahun belum cukup untuk mengubah pejal jiwa yang baru tersiram air penawar. Insya-Allah, kita pasti akan berjaya suatu hari nanti. Bagi saya, saya kehilangan seorang ketua yang saya anggap rakan perbincangan motivasi pagi bagi meningkat kerjaya diri sepanjang hari. Hingga kini, sekolah saya tak ada ketua lagi. Siapa yang datang, kami telah bersedia untuk menterjemahkan misi dan visi serta tag sekolah yang dibawa oleh Tuan Haji Hassan bin Topit. Saya patuh kepada ketua saya. Saya tetap akan menjadi orang nombor SATU menunggu di pintu pejabat sekolah selagi termampu. Biarpun hujan dan ribut melanda. Saya suka datang awal. Kata arwah ibu saya, menjadi orang nombor SATU banyak kebaikannya. Kenapa saya suka datang awal ke sekolah? Walaupun dulu saya baru berkahwin, walaupun dulu saya ada anak kecil, walaupun dulu saya hanya bermotosikal, dan walaupun kini anak-anak saya sudah besar, saya tetap akan menjadi guru nombor SATU datang awal ke sekolah. Itulah janji saya, selagi saya termampu. Sebabnya, datang awal ke sekolah untuk mencari rezeki seawal pagi ibarat burung keluar pagi mencari makanan untuk anak-anaknya yang kelaparan di sarang...menanti kepulangan ibu bapa membawa rezeki seawal pagi.

Saturday, March 5, 2011 at 7:51 PM

Rahsia 5 Jari...

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dari kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.

4. Then tenguk jari kedua, jari manis. Macam tu jugaklah dengan usia remaja..semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu diduga dengan cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yang mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & teladan pada jari-jari sebelum ni. Macam tu jugak dengan kita perlu jadi role model to the new generation... jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari... besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak genggam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.


See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Di mana anda sekarang...

at 3:49 AM
PETIKAN

10 Sebab Kenapa Sekolah Asrama Penuh BEST GILER

Tak kira tak kira. Sekolah Asrama jugak yang best! Hahahaha.. Okay okay.. Tak der lah. Setiap jenis sekolah ada kelebihan dia yang tersendiri. TAPI Saffa lebih berpihak pada Sekolah Asrama Penuh lah.

Ceyh.. Duduk Sekolah Asrama Penuh 2 tahun jer dah boleh ‘murtad’ daripada Sekolah Harian.. Hehe..

Bagi sesetengah orang, terang-terang dekat muka dia ada perkata ‘NO’ bila dengar Sekolah Asrama Penuh. Macam Loq. =.=” Alasan; Tak boleh blogging nanti… Isk isk..

Sebenarnya, sejak Saffa sekolah rendah. Saffa memang dah ada sangat angan-angan nak masuk Sekolah Asrama Penuh.

Pengaruh buku cerita lah ni. Hahaha.Buku siri apa ntah. Ala.. buku yang yang adventure budak-budak tu. Macam ala-ala Enid Blyton tu. BTW, panjang giler tau! Kalau malas pun, baca jer point-point Saffa ni. =.=”

1. Bebas Daripada Kawalan Keluarga

Hahaha. Walaupun kitaorang suka giler cakap Sekolah kitaorang ni PENJARA. Tapi penjara ini lah yang akan membebaskan kita daripada kawalan keluarga. Tak ada dah “Adek, pergi lipat baju!” “Adek, malam-malam tengok TV.. Pergi tidur!” “Adek! Study!” “Adek Adek Adek… T_T”

Okay. Tak yah cakap bebas kawalan keluarga lepas tu boleh buat benda bukan-bukan. Itu bukan point yang BAIK!

2. Suasana Yang Berbeza (Lebih Pengalaman)

Saffa suka suasana Sekolah Asrama ni. Warden. Outing & Overnight Card. Terminal Bus. Outing. Prep. Spot check. Fly. Roll Call. HOMEROOM. Sumpah BEST giler (lepas dah lalui semua tu lah.. HAHAHA.. masa tu tak rasa best pun)

Bila kat Sekolah Asrama ni ah kita akan buat banyak benda gila-gila gak ah. Semata-mata tak nak pergi Tazkirah Jumaat, sanggup menyorok dalam loker. Nak sorok HP & Mp3 punya pasal (masa spot check), balut dalam plastic.. letak dalam bekas sabun basuh baju..

Nak keluar outing, tapi tak jumpa warden.. Hehehe.. Kita palsukan tandatangan warden tu!

Oh ya, Saffa sangat bersyukur kat MRSM ni Saffa dah didedahkan dengan Sistem GPA;CGPA/Pointer. Takder No 1, 2, 3 etc.. Tapi macam system kat Universiti. Ada assignment, kuiz, mid term and final exam.

3. Lebih Glamer

“Sekolah lagi? Belajar kat mana?” “Sekolah kat rumah jer. Sekolah XXX.”
“Sekolah lagi? Belajar kat mana?” “Kat Sekolah Asrama YYYY” “Oo.. Mesti Pandai ni” *lepas tu mak bapak menyampuk bla bla bla*

Ceyh. Padahal kat Sekolah Asrama tu dapat nombor satu dari belakang. Hahaha..

4. Penuh Dengan Aktiviti ‘Menarik’

Boleh dikatakan aktiviti menarik ni merangkumi jugak lah point no 2 tadi.

Antara apa yang menarik bagi Saffa adalah ‘memori’ minggu orientasi. Kena roll call sampai pukul 1 – 2 pagi. Lepas tu tak abis-abis dengan “Dalam kiraan 10, clearkan blok asrama sekarang. 10 9 8…

Dekat MRSM, kitaorang ada Minggu Aktiviti. For this one whole week, tak belajar langsung. Tapi penuh dengan ceramah, pertandingan itu ini antara kelas/homeroom, pameran, teater (pementasan drama), pasar malam (versi pelajar) dan makan malam (malam muhibbah).

Dekat MRSM jugak (macam promote MRSM je lebih. Hahaha..), kitaorang ada Project SEM Type 3. Ada kategori Biologi, Physic, Chemistry, Kajian, Seni, Reka Cipta etc.. Budak genius confirm akan manfaat peluang ni. Dapat pergi luar negara weyh kalau menang! Mula-mula peringkat sekolah jer, lepas tu bertanding seluruh MRSM, lepas tu seluruh dunia.. Apa eyk nama competition tu? Lupa dah.

Masa Batch Saffa, ada 10 pelajar yang dipilih untuk pergi UK, buat pameran dekat sekolah-sekolah UK. Jealous giler weyh!

5. Kawan-kawan Dari Merata Tempat

Oghe Kelate” “Ganu kito” “Penang” “Apsal tak habaq?” Meriah meriah! Waktu cuti jer mesti ada jer “datang lah umah aku”.. “Nanti kalau kau datang Terengganu, jangan lupa contact aku.” “Nanti kalau kau datang KL, Saffa bawak pergi jalan-jalan eyh. Tidur rumah saffa!

Dulu excited jer lebih bincang dengan kawan-kawan sebilik nak datang rumah lah, pergi jalan-jalan. Lepas tu.. tak jadi. =_=”

Untung bila dah ada kawan daripada merata tempat ni. Macam Saffa dengan kawan Saffa, Aisyah. Masa Saffa kat Kuantan dulu. Selalu sangat Saffa balik rumah dia dekat Kuantan tu waktu hujung minggu. Sekarang ni, dia belajar dekat Shah Alam, giliran dia pulak datang rumah Saffa kalau ada apa-apa / bukak puasa etc..

6. Consultation

Bagi pelajar yang memang CEMERLANG, waktu rehat jer jumpa Cikgu. Waktu prep pun sibuk nak buat kelas tambahan dengan Cikgu. Hujung minggu pun sibuk pergi ketuk pintu rumah Cikgu. Kalau Cikgu tak bagi homework, sibuk minta kertas soalan tambahan, sibuk nak contoh kertas pelajar cemerlang.

Sumpah Saffa cultural shock tengok perangai pelajar-pelajar cemerlang nih. Hahaha.. Tapi Saffa rasa ini lah yang untungnya duduk kat Sekolah Asrama. Cikgu sentiasa ada untuk pelajar-pelajar dia buat consultation.

7. Peluang Untuk Ke Luar Negara/Scholarship

INI POINT PALING PENTING KENAPA MESTI MASUK SEKOLAH ASRAMA. Sekolah Asrama menawarkan lebih banyak peluang tajaan untuk ke luar negara. Berdasarkan result trial SPM jer dah boleh sambung belajar. Tak payah tunggu keputusan SPM.

Sekarang ni, budak sekolah Saffa ada tercampak kat US, UK, Mesir dan Korea. Kita ni? Masih sibuk nak apply PTPTN.. sibuk nak cari scholarship. T__T

8. Lebih Disayangi

Okay. Point tak boleh blah. Hahaha.. Budak Sekolah Asrama ni kalau balik jer, “Mak teringin nak makan Ketam Masak Cili lah” “Ayah, nak pergi KLCC boleh tak? Dah lama tak keluar..SEMUA APPROVE!

Kalau Saffa, lepas masuk jer dalam kereta (Mak Ayah datang amik ; balik cuti).. “Jom, nak pergi makan Sup Ekor?” Isk isk. Macam tau tau jer anak dia ni kebulur kat Asrama tuh. Haha..

Bila nak balik Asrama plak, penuh dengan bekal makanan. Hahaha.

9. Bantuan Akademik

Kalau dekat MRSM ni, Saffa suka betul bila ada Program Mentor Mentee ni (untuk subjek Fizik & Kimia). Pelajar-pelajar cemerlang akan jadi tutor bagi 3-4 orang pelajar. Macam study group. Kalau ada masalah jer, cari jer mentor kita nih. Pagi petang malam. Dengan rela hati (kowt) Mentor kita ni akan sedia nak bagi bantuan.

Pelajar-pelajar yang agak lemah pula akan ada kelas tambahan selain daripada Program Mentor Mentee. Saffa tak pasti macam mana suasana dekat sekolah lain masa nak dekat SPM, tapi. Dekat sekolah Saffa, semua pelajar akan belajar dalam dewan sekolah.

Akan ada penceramah dari luar. Cikgu-cikgu pula akan berkeliaran dalam dewan tu. Kalau ada masalah, angkat jer tangan. Cikgu akan datang. Dalam dewan tu dia memang dah susun kerusi meja macam belajar dalam kumpulan.

Selain tu, FULAMAK… Bertimbun kertas soalan daripada sekolah luar. Buat. Bincang. Kemudian Cikgu akan bagi jawapan dan cara-cara nak jawab soalan tu. Kalau lah ada program kitar semula.. Boleh menang kowt (nak cakap betapa banyaknyer kertas soalan yang kitaorang dapat)! =.=”

10. Ganjaran Ganjaran Bagi Pelajar Cemerlang

Fine, Pelajar Cemerlang (3.5 above) akan dapat perhatian Cikgu. Dapat kertas soalan tambahan lebih. Dapat keutamaan soalan bocor. Dapat Dean List. Certificates. Dapat “Majlis Makan Malam”. Dapat pergi hotel untuk Program Mentor. Dapat duit; hadiah. Interview scholarship.

Ini macam satu err.. dorongan untuk kita jadi lebih baik tau. Sumpah rugi giler kalau tak manfaatkan ganjaran-ganjaran ni semua.

Budimu Tuan menjadi Ingatan

Thursday, January 20, 2011 at 5:07 AM