Wednesday, June 10, 2009 at 10:10 PM
CETUSAN MINDA AYAHANDA PENGETUA

Assalamualaikum w.b anak-anak SAKTI yang dikasihi. Sebagaimana biasa anda semua putera dan puteri sentiasa "dekat di mata dekat di hati".

Ingatlah, semua pelajar SAKTI mesti berjaya dalam peperiksaan, insyaAllah. Bukan setakat berjaya tetapi berjaya dengan keputusan TERBILANG. Itu adalah fokus utama kita di SAKTI. Persoalannya, bagaimana mahu berjaya dengan TERBILANG dan dalam masa yang sama kita menjaga akhlak yang terbaik? Di sini ayahanda sarankan langkah-langkah yang perlu diambil ingatan dan sebagai panduan. Berdoalah mudah-mudahan kita berjaya sebagaimana yang diharapkan.

Secara umumnya untuk berjaya dengan terbilang dalam peperiksaan dan menjadi insan berakhlak mulia maka kita sepatutnya:


1. Menjadi orang yang bersabar dan cekal dengan sentiasa
a. memelihara solat.
b. mendirikan solat.
c. khusyuk dalam solat;

2. Sentiasa bersedia untuk belajar dengan
a. datang awal ke sekolah.
b. menyiapkan latihan dan membuat latihan sendiri;
c. membuka buku dan lain-lain peralatan sebelum guru tiba di kelas;
d. membaca dahulu pelajaran yang akan diajar oleh guru.

3. Sentiasa akrab dengan guru dengan
a. memberi tumpuan semasa guru mengajar.
b. bertanya kepada guru apa yang tidak difahami.
c. tidak mengganggu semasa guru mengajar.
d. bertanya guru di luar kelas.

4. Belajar dahulu sebelum diajar.

5. Belajar atas kehendak diri sendiri bukan kerana dipaksa.

6. Sentiasa jadikan pelajar cemerlang sebagai panduan dan pelajar gagal sebagai sempadan dalam mengejar kejayaan.

7. Bertawakkal kepada Allah swt.

8. SENTIASA AKHIRI KEJAYAAN TERBILANG

Selamat belajar dan berjaya dengan Terbilang

2 comments

  1. Zharif Nizam Says:

    Cikgu, saya bpendapat yang nasihat cikgu amat logik dan bernas. Ini kerana, bdasarkan pemerhatian saya, pelajar sekolah ini kbanyakn dah terpesong dari tujuan asal mereka iaitu belajar. Mereka lebih mengagungkan kehebatan mereka dalam sukan dan permainan bbanding pelajaran terutama pelajar di kelas Intan, Mutiara n Nilam. Pelajar d 2 kelas teratas biasanya tidak begitu (bukan tidak berminat) tapi tidaklah terlalu hebat dan tidak terlalu lemah dalam sukan (biasa2 saje). Dapat dilihat pelajar di 3 kelas trsebut sprt tidak mempedulikan pencapaian mereka dlm exam. Antara ayat yang selalu kdgran di telinga saya ialah:
    'alaa.. aku kelas ape, ko kelas ape, blajo camne pn takkan pandai'
    'Alamak, esok kimia/bio/ad mat, memang x lulus la aku'
    'Aku dh target dari awal tahun memang x lulus subjek (elektif)'
    Apabila saya berada di F4, seolah-olah pelajar mempunyai jurang yang besar antara kelas-kelas tersebut. Tapi bila bermain, ayat yang slalu kedngaran ialah:
    'Bodoh, bola cam2 pn bleh tlepas'
    'Ko x tahu main x pyh main'
    'Ko tengok je la ktorang main. Ko main pn bknnye terer.'
    Tapi bila exam, hampass..
    Namun bgi2, ad segelintir plajar dari kelas2 tersebut berusaha untuk memajukan diri mereka dengan tanpa segan silu minta tunjuk ajar rakn2 mereka di kelas hadapan. Saya amat kagum dngan kesungguhn mereka. Kyakinan diri mereka dalam pljaran juga semakin btambah dari hari ke hari.
    Jadi, sya harapkn agar cikgu dapt membangkitkan hal ini utk renungan para pelajar. Sekian , terima kasih...

  2. Terima kasih atas pandangan ikhlas anda.

Post a Comment