SELAMAT TAHUN BARU 2010

Monday, January 4, 2010 at 3:17 PM
2010 tahun masehi telahpun menjelma . Bererti tahun 2009 telahpun berlalu dan hanya menjadi kenangan dalam ingatan. Banyak perkara yang telah dilakukan sepanjang tahun 2009. Kini segala peristiwa tersebut berada dalam lipatan sejarah. Sesungguhnya yang baik harus dijadikan teladan manakala yang kurang baik harus dipertingkatkan nilai tambahnya pada tahun baru ini.

Kepada guru-guru sama ada yang lama mahupun yang baru, diyakini akan melaksanakan segala amanah dengan penuh rasa tanggungjawab. Sesungguhnya inilah tekad kita sebagai pendidik yang ingin melihat anak-anak didik kita membesar dengan kejayaan ilmu dan juga akhlak terbilang. Maka itu pertingkatkanlah segala usaha bermula daripada persediaan hinggalah kepada tindakan dengan segala kelengkapan yang berkualiti dan mencapai standard yang ditetapkan. Semua kerja mestilah berlaku pada tahap ke hadapan dan melampaui jangkaan sebagaimana pantun tradisi,
RENDA ELOK BERKAJANG KAIN
BUNGA TELIPUK AMBAR KASTURI
KERJA ESOK SIAP KELMARIN
ITU PETUNJUK KUALITI DIRI

Kepada semua murid berusahalah dari sekarang dalam menentukan cita-cita besar anda menjadi kenyataan. 'Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian'. Ingatlah sebagaimana yang pernah saya perkatakan, "The world is a dangerous place, not because of those who do evil, but because of those who look on and do nothing.(Dunia ini adalah tempat yang paling bahaya, bukan kerana terdapat orang jahat, tetapi kerana terdapat orang yang hanya memerhati dan tidak membuat apa-apa). Buatlah sesuatu yang betul dan jadilah pelajar yang juga betul seperti kenyataan di bawah
Do the right thing
The right way
At the right time
The right place
With the right people
For the right reason

Pengakhirnya kepada semua warga SAKTI selamat maju jaya.

0 comments

Post a Comment